Dreamstime

Royalty Free Images

Wednesday 7 January 2009

SAINS SUKAN - KECEDERAAN DALAM SUKAN (ANKLE)



Apakah ‘ankle sprain’ dan bagaimanakah ia berlaku? ‘Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku). Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya. Dalam aktiviti sukan misalnya, kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan (sepak takraw, bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi). Walaubagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akhibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.


Apakah yang akan terjadi apabila berlakunya ‘ankle sprain’? ‘Ankle sprain’ secara khususnya merupakan kecederaan yang berlaku dimana ligamen mengalami koyakan di bahagian buku lali. Struktur ligamen sebagaimana fungsi asalnya adalah merupakan salah satu struktur penghubung yang mengawal pergerakan kaki atau ‘excessive movement of the joint’. Apabila berlakunya koyakan, seseorang itu akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda tertentu antaranya ialah:

1) Sakit

2) Terdengar bunyi crack

3) Bengkak

4) Lebam

5) Berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang

Jika berlakunya ketidakapastian tentang simptom-simptom di atas atau pun simptom-simptom lain seperti kesakitan pada bahagian buku lali, kesukaran untuk berjalan dan kesukaran untuk berdiri, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan dengan segera untuk memudahkan proses bagi mengenalpasti samada ianya merupakan kecederaan ‘ankle sprain atau pun ‘ankle fracture’.

Pada asasnya, setiap ligamen mempunyai peranannya yang tersendiri dan ia juga berbeza dari segi kekuatannya. Ligamen pada buku lali dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

1) Medial

a) Ligamen di bahagian deltoid (sangat kuat dan jarang sekali tercedera)

2) Lateral

a) ATFL (Anterior Talofibular Ligament) – senang koyak & mudah cedera.

b) CCFL (Calcaneofibular Ligament) – sederhana kuat.

c) PTFL (Posterior Talofibular Ligament) – paling kuat & susah cedera.


Kecederaan ligamen pula boleh diklasifikasikan kepada beberapa gred tertentu seperti berikut:

1) Gred 1 – Hanya berlaku sedikit sahaja koyakan atau dikenali sebagai ‘koyak mikroskopik’. Kesakitan yang dirasakan tidak terlalu serius dan ditahap yang paling minimum. Pesakit biasanya boleh berjalan dan berdiri secara perlahan-lahan tetapi tidak mampu berlari dan melompat.

2) Gred 2 – Berlaku lebih kurang 50% koyakan. Kesakitan yang sederhana dirasakan akhibat daripada berlakunya pendarahan dalaman. Pesakit merasa sakit ketika berdiri dan berjalan tetapi boleh berjalan beberapa langkah secara perlahan-lahan.

3) Gred 3 – Ligamen putus sepenuhnya dan kesakitan yang amat sangat dirasakan. Pesakit mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan. Hilang kestabilan ketika berdiri dan biasanya tidak boleh menggerakkan bahagian yang sakit.


Rawatan

Secara ringkasnya, rawatan ‘ankle sprain’ terbahagi kepada beberapa aspek yang utama antaranya adalah:

1) Rawatan awalan (R.I.C.E)

a) Rest

Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.

b) Ice

Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.

c) Compression

Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak

yang keterlaluan.

d) Elevation

Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.


2) Rawatan susulan

a) Melakukan pemeriksaan dan ujian spesifik kaki

- Anterior Drawer Test (untuk menguji ATFL)

- Talar Tilt Test (untuk menguji CCFL)

- Elektroterapeutik (penggunaan mesin elektronik)

- Urutan (sekurang-kurangnya selepas 48 jam kecederaan dialami)

- Balutan kaki (dilakukan 2 - 3 hari bagi mengurangkan bengkak dan sakit)


b) Rehabilitasi

- Mendapatkan semula rom dengan melakukan aktiviti ‘stretching’ (bagi

kecederaan ini, jenis ‘stretching’ yang disyorkan adalah PNF).

Penggunaan ais juga perlu selepas aktiviti tersebut dilakukan. Aktiviti

‘stretching’ secara pasif adalah digalakkan jika kecederaan belum pulih

sepenuhnya.

- Menguatkan semula otot kaki (dynamic stabilizer) dengan melakukan

‘exercise’ pada bahagian kaki sebaik sahaja sakit berkurangan

Penggunaan alat bantuan seperti tiub getah bagi melakukan ‘exercise’

tertentu juga disyorkan manakala alat bantuan yang berbebanan (tidak

terlalu berat) juga dibolehkan. ‘Exercise’ yang lain adalah seperti larian

secara lurus, bulatan, bengkok dan pergerakan menukar haluan serta

aktiviti lompatan bagi mengembalikan semula fungsi asal pergerakan

kaki.

- Mendapattkan semula deria propriosepsi yang mana ianya sangat

penting untuk mencegah kecederaan yang sama berulang. Antara

latihan-latihan yang dilakukan adalah:

i) Berdiri dengan kedua-dua belah kaki sambil menutup mata.

ii) Berdiri dengan 1 kaki sambil mata tertutup.

iii) Berdiri di atas trampolin.

iv) Berdiri di atas ‘wobble board’.


Latihan-latihan di atas adalah diperlukan untuk mengembalikan semula keseimbangan dan kestabilan kaki.


Pencegahan Kecederaan dan Memulakan Semula Aktiviti Bersukan


Pencegahan kecederaan bagi memulakan semula aktiviti bersukan seperti sediakala memerlukan langkah-langkah tertentu dan penelitian yang sewajarnya. Penggunaan ‘bracing’ dan ‘taping’ sangat perlu bagi memulakan semula aktiviti tersebut dan penggunaannya juga diperlukan secara kerap serta mungkin mengambil masa yang lama (6 – 12 bulan selepas kecederaan). Dengan langkah-langkah pencegahan yang teliti ini, proses pemulihan akan menjadi lebih cepat dan seseorang atlet itu akan lebih bersedia untuk memulakan semula aktiviti sukan yang diceburi seperti sediakala.


Rujukan:

1) http://orthopedics.about.com/cs/sprainsstrains/a/anklesprain.htm

2) Prentice.W.E. 2004. Get Fit, Stay Fit. 3rd Edition. New York: The McGraw-Hill Companies, Inc.

9 comments:

iEkah tiE'kaH said...

saya mau tau sal kecederaan luaran seperti luka,melecet dgn detail..punca2,cra rwatan,kesan n sbagainye..

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

insyaallah akan di tulis artikel mengenainya..

Anonymous said...

buku lali saya selalu bunyi 'crack'..sebelum nie cedera main futsal..terseliuh..bengkak..skrg da 6 bln lebih lepas kena tapi masih trsa sakit..tambah klau silap berpijak..kaki nk begkokkan ke dalam trasa sakit...macam mn 2?

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

kecederaan buku lali biasanya akan mengakhibatkan ligemen kita koyak atau putus terus. selalunya di bahagian buku lali mmg akan selalu terjadi kalo kita lakukan aktiviti berlari/sukan yang memerlukan pergerakan kaki secara aktif. byk faktor sebenarnya seperti permukaan tanah/tempat yang tidak rata, pergerakan tukar arah kaki, kekurangan latihan dll. lepas kena kita kena mst gunakan ais, selepas 24jam baru boleh urut. lepas tu kita kena rehat dan las skali kita kena buat 'rehabilitasi' utk membiasakan kaki kita semula. kalo kita terus aktif mmg rasa sakit lama nak hilang

Unknown said...

Baru 7 hari kene tp sakit ada lg nk buat aktiviti harian pon susah apatah lg nk berlari dan melompat.nk tya sakit ni ambil masa bape lama nk pulih

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

Proses pemulihan blh jd cpt n lmbt bergantung kpd rwtn n rehabilitasi yg kita lakukan...utk pemulihan yg cepat, jgn terus melakukan aktiviti yg kerap menggunakan bahagian kaki seperti berdiri terlalu lama, berjalan atau berlari dlm tempoh masa yg lama atau melakukan aktiviti lasak yg lain..gunakan kaedah rawatan seperti dlm artikel yg sy tulis..tq

Unknown said...

Buku lali sya pernah terseliuh lebih kurang 2 thn yg lalu..selepas terseliuh sya berehat lebih kurang 6 bulan dan rasa sakit di buku lali pun hilang.saya bermain bola semula namun sakit di buku lali sebalah dalam sakit semula dan nampak seperti benjolan tulang timbul.saya terpaksa berehat seminggu..selepas seminggu sakit di buku lali saya hilang saya mampu berlari dan berjalan seperti biasa tampa merasa sakit cuma apabila sya bermain bola atau sukan lasak sakit itu datang semula..

Unknown said...

Saya main bola wktu ptg dan terpijak lubang yg mngakibatkan kaki kanan saya trseliuh... Saya sudah periksa kt hospital tapi doktor mengesahkan tendon koyak & tisu bengkak.. Skrang sudah seminggu tapi bhgian blakang ankle masih belum pulih... Brapa lama tempoh sebenar utk saya sembuh semula? Dan perlukah saya membalut kaki saya?

Unknown said...

Saya terseliuh selepas jumping smash badminton..boleh ke letak ais selepas 24 jam

Powered By Blogger