
Pernah beberapa kali penulis menghadiri majlis yang dihadiri oleh 'orang-orang besar' yang mana setiap kali aturcara majlis bermula pada pukul 9 misalnya, pasti perasminya atau orang yang bergelar VVIP akan tiba setengah jam selepas itu dan ada juga sehingga 2 jam sedangkan pada masa yang sama, orang ramai telah lama menunggu. Tidak apalah sekiranya majlis tersebut berlangsung di dalam dewan yang berhawa dingin tetapi adakalanya majlis/program berlangsung di tengah-tengah padang dengan cuaca yang panas terik. Ini sudah tentu membuatkan hadirin/orang ramai merasa tidak selesa berikutan terpaksa menunggu terlalu lama semata-mata kerana VVIP lambat tiba. Agak menghairankan kerana VVIP selalunya akan diiringi oleh polis bermotor setiap kali melalui jalan raya dan tidak mungkin sama sekali mereka terlibat dalam kesesakan jalan raya.
Bagi penulis, 'orang-orang besar' atau ketua yang tidak menepati masa adalah golongan yang tidak pandai menguruskan jadual kehidupan harian mereka serta tidak layak bergelar pemimpin/ketua. Sekalipun mereka terlalu sibuk, itu adalah resam hidup sebagai pemimpin dan tidak boleh dijadikan alasan. Jika pemimipin sebegini terus wujud khususnya dalam masyarakat melayu, maka tidak perlulah kita hairan apabila orang aka terus berkata 'biasalah janji melayu'...
No comments:
Post a Comment