
Kenapa nak ditekankan sangat Pendidikan Seks di sekolah? Tidakkah lebih relevan, lebih molek kita perjuangkan Pendidikan Agama dengan lebih jitu dan serius? Generasi sekarang dah terlalu mahir tentang seks. Mereka boleh belajar dengan hanya memetik jari di komputer. Apa yang nak diajar tentang Pendidikan Seks? Nak ajar cara melakukan seks yang selamat? Nak ajar pakai kondom? Nak ajar supaya tak mengandung? Bodohlah kalau itu matlamat kita. Akhirnya seks terus bermaharajalela dalam masyarakat kita.
Dalam Islam dah lama diajar tentang seks. Kaedah yang diajar cukup kondusif dan syumul kerana dikaitkan antara dosa dan pahala, dikaitkan antara halal dan haram, dikaitkan dengan hdiup dan mati, dikaitkan dengan syurga dan neraka. Apa lagi yang kita nak? Tak cukupkah dengan Ajaran Islam yang kita junjung? Yang sangat pasti, sistem pendidikan di negara kita boleh dikatakan hampir menidakkan peranan subjek Pendidikan Islam.

Salah siapa? Salah kita semua kerana membiarkan tempat-tempat maksiat terus berleluasa! Salah kita kerana membiarkan 'hiburan sial' (Akedemi Fantasia, Mentor, OIM dan lain-lain) sebagai halwa mata dan jiwa kita! Salah kita kerana membiarkan anak-anak kita bergelumang dengan dosa! Salah kita kerana kita hanya memikirkan wang adalah segala-galanya! Salah kita kerana kita lebih pentingkan ilmu yang berkaitan dunia tanpa memikirkan ilmu berkaitan akhirat! Salah kita kerana meletakkan kancah politik sebagai agenda utama! Salah kita kerana saban hari kita bertelagah berebut kuasa! Salah kita kerana pentingkan diri!
Akhirnya, anak gadis kita rosak binasa. Akhirnya Melayu jadi 'layu'. Semua jadi kayu! Semua jadi dungu!
1 comment:
salam...saya amat sedih sekali dgn kes2 pembuangan bayi yang makin berleluasa dalam masyarakat kita hari ini...setelah saya menjadi ibu...sy tahu perasaan yg luar biasa hebat terhadap anak yg sy kandungkan selama 9 bulan...Alangkah sadisnya kejadian2 pembuangan bayi ni...Kepada gadis di luar sana...gunalah akal fikiran yg sihat...yg Allah kurniakan sebaik2nya sebelum membuat sesuatu perkara yg tekutuk ni...Subhanallah...
Post a Comment