Ramadhan kini kembali
Menjengah manusia yang masih bernafas
Datang mu bukan ditunggu
Hadir mu tetapan giliran waktu
Ada manusia yang ceria
Ada manusia yang berduka
Ada manusia yang suka
Ada manusia yang hiba
Ceria kerana kedatanganmu
Berduka kerana terpaksa menyambutmu
Suka kerana keberkatanmu
Hiba kerana sekatan nafsu
Tatkala fajar belum menyinsing
Ramai manusia mula kalut
Kalut kerna kesibukan kerja
Kalut menggarap habuan dunia
Tatkala fajar menyinsing
Manusia mula rakus
Rakus menyentap santapan hidangan
Rakus melayan haus seharian
Manusia mula lesu
Lesu menyergah bersama khayalan
Keberkatan malam terus melayang
Melayang dibuai sejuta angan
Ramadhan terus menanti
Mengharap insan manfaat peluang
Iman manusia semakin tipis
Ramadhan sedih mula menangis
Hari berganti hari
Ramadhan mula kejauhan
Manusia galak kesukaan
Menanti syawal penuh kegairahan
Ramadhan pun berlalu
Syawal dijulang setinggi langit
Syaitan melonjak kegembiraan
Melihat serakah manusia bergelimpangan
Ramadhan semakin jauh
Lenyap pergi mananti giliran
Manusia tidak menginsafi
Ramadhan terus menangis lagi...
Nukilan: Hilmi Ahmad @ Ayub (2010)
Ada manusia yang ceria
Ada manusia yang berduka
Ada manusia yang suka
Ada manusia yang hiba
Ceria kerana kedatanganmu
Berduka kerana terpaksa menyambutmu
Suka kerana keberkatanmu
Hiba kerana sekatan nafsu
Tatkala fajar belum menyinsing
Ramai manusia mula kalut
Kalut kerna kesibukan kerja
Kalut menggarap habuan dunia
Tatkala fajar menyinsing
Manusia mula rakus
Rakus menyentap santapan hidangan
Rakus melayan haus seharian
Manusia mula lesu
Lesu menyergah bersama khayalan
Keberkatan malam terus melayang
Melayang dibuai sejuta angan
Ramadhan terus menanti
Mengharap insan manfaat peluang
Iman manusia semakin tipis
Ramadhan sedih mula menangis
Hari berganti hari
Ramadhan mula kejauhan
Manusia galak kesukaan
Menanti syawal penuh kegairahan
Ramadhan pun berlalu
Syawal dijulang setinggi langit
Syaitan melonjak kegembiraan
Melihat serakah manusia bergelimpangan
Ramadhan semakin jauh
Lenyap pergi mananti giliran
Manusia tidak menginsafi
Ramadhan terus menangis lagi...
Nukilan: Hilmi Ahmad @ Ayub (2010)
No comments:
Post a Comment