Dreamstime

Royalty Free Images

Thursday, 14 October 2010

SATU LAGI PROGRAM REALITI YANG BAKAL MENJAHANAMKAN MASYARAKAT ISLAM!

Nah! Satu lagi sajian program hiburan untuk anda seisi keluarga. Dengan bangganya mempersembahkan program realiti 'Mari Menari'. Anda tidak semestinya berkebolehan dalam tarian. Cukuplah sekadar anda mempunyai minat yang mendalam dalam bidang tersebut kerana jurulatih tarian akan melatih anda sehingga anda menjadi seorang penari yang habat!

Pelik! Setelah program 'Akademi Fantasial' mendapat pelbagai kecaman, wujud pula program realiti yang kononnya berorientasikan hiburan keluarga. Hasilnya, ramai masyarakat berbangsa melayu dan beragama Islam tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasib. Objektifnya sangat jelas iaitu untuk memenangi hadiah yang sangat lumayan sekiranya bergelar juara. Begitulah rendahnya harga diri masyarakat Islam di Malaysia kini.

Tidakkah kita merasa malu dan bersalah dengan mempertonton tarian, gelekan, dan pelbagai lenggokan lagi dihadapan jutaan penonton? Penulis sangat pasti akan ada peserta yang tidak menutup aurat bahkan lebih 'sial' lagi akan ada juga peserta yang menutup aurat tetapi 'buta' mengenai hukum halal-haram. Akan ada juga golongan suami atau bapa yang 'dayus' sehingga membiarkan dengan relanya isteri atau anak-anak mereka terkinja-kinja di hadapan khalayak!

Inilah penangan program yang bakal menjahanamkan lagi masyarakat Islam! Penulis tidak kisah sekiranya artikel ini bakal menjadi artikel kontroversi. Penulis juga yakin ramai yang akan membenci penulisan ini.

Dalam kita sedar atau tidak, fahaman barat tidak lagi menjadi punca utama kerosakan akhlak masyarakat Islam. Yahudi bukan lagi pembawa 'virus iblis' tetapi masyarakat kita sendiri yang semakin lama semakin 'bangang, bengap, bebal dan sial' dalam menilai yang mana baik dan yang mana buruk! Sajikan dengan hadiah lumayan pasti akan ada 'manusia sial' yang sanggup melakukan apa sahaja sekali pun terpaksa berbogel!

Kita tidak habis-habis berbangga dengan teknologi yang canggih, bangunan yang tinggi, masjid yang hebat dan berbagai lagi. Kita juga sangat bangga dapat menghantar misi bantuan ke Gazza walhal dalam masa yang sama masyarakat Islam negara kita semakin 'jahanam'! Agenda politik menjadi perkara utama! Para mufti membisu! Kelibat ulama seolah-olah diperlekehkan. Kepada siapa lagi yang perlu kita harapkan untuk memulihkan semula kesucian Agama Islam?

Kita tidak mahu suatu hari nanti, Wawasan 2020 menjadi wawasan gelap untuk masyarakat Islam! Kita tidak mahu suatu hari nanti 'Babi' akan menjadi lebih mulia berbanding manusia! Kita juga tidak mahu suatu masa nanti Masyarakat Islam di'Yahudi'kan dalam keadaan tanpa kita sedari. Wallahua'lam...

No comments:

Powered By Blogger