Nah! Seingat penulis, beberapa minggu yang lepas salah seorang pak menteri kita telah dengan jelas menyatakan bahawa harga minyak RON95 tidak akan dinaikkan sehingga penghujung tahun ini. Cakap macam taik! Terima kasih banyak-banyak kerana pemberian saguhati sebanyak RM500.00. Lega sungguh rasanya apabila tepat 1/12/10, RM500 berada di dalam akaun bank. Namun perasaan lega hilang serta-merta setelah dikhabarkan pada hari yang sama harga minyak RON97 naik 15sen. Selang dua hari selepas itu satu lagi kejutan berlaku apabila harga minyak RON95, diesel, gas dan gula juga naik. Jika difikir-fikirkan, wang saguhati yang diberikan itu sebenarnya telah diambil semula secara senyap-senyap melalui kenaikan harga minyak. Hamlau! Tak usahlah memperbodohkan rakyat dengan tindakan sedemikian.
Telahan masyarakat sebelum ini sangat tepat apabila menjangkakan kesemua harga bahan api dan gula bakal meningkat. Rakyat dah naik pening sebab kenaikan tersebut bakal mencetuskan revolusi baru barang-barang lain. Penulis yakin masyarakat akan didendangkan dengan alunan suara-suara pak menteri kita selepas ini yang akan menyatakan bahawa kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak kerana harga minyak di negara kita masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara jiran yang lain. Sang miskin pasti akan terus meratap dengan kenaikan menggila ini. Kita sekali lagi diperbodohkan. Slogan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan bolehlah dimuntahkan kedalam lubang taik! Beginikah keadaannya rakyat didahulukan? BN = Barang Naik? Fikir-fikirkanlah...

No comments:
Post a Comment