Walaupun penulis tidak sempat melihat aksi perlawanan akhir Piala FA antara Selangor melawan Kelantan, penulis telah menjangkakan bahawa perlawanan tersebut pastinya satu perlawanan yang sengit memandangkan kedua-dua pasukan memiliki pemain yang rata-rata terdiri daripada pemain yang berkaliber dan mempunyai nama yang besar dalam kancah bola sepak negara.
Kekalutan yang melanda pasukan Kelantan rentetan peristiwa rusuhan di Kota Bharu tempoh hari tidak langsung melemahkan pasukan mereka untuk memastikan saingan yang benar-benar sengit. Dengan kehadiran puluhan ribuan penonton sudah pastilah menambahkan lagi kemeriahan dan kerancakan perlawanan akhir itu. Inilah semangat kesukanan yang tinggi yang dimahukan oleh seluruh pencinta bola sepak negara untuk kita terus menobatkan bola sepak ke mercu yang setanding dengan kuasa bola sepak dunia yang lain satu masa kelak.
No comments:
Post a Comment