Dikala masyarakat dunia terpalit dengan kemelut krisis ekonomi, berlaku pristiwa yang setelah sekian lama berlarutan iaitu pergolakan di Selatan Thailand. Kesinambungan pemerintahan Perdana Menteri Thailand yang baru iaitu Abishit tampak masih lagi gagal dalam mengawal pergolakan yang semakin meruncing sehingga mengakhibatkan korban jiwa terus berlaku.
Masyarakat Islam di Selatan Thai masih lagi dibelenggu kesusahan, ketakutan dan kemiskinan sehingga ke hari ini akhibat tiada usaha yang berkesan oleh pihak kerajaan bagi menangani kemelut itu. Harapan utama mereka sudah semestinya ingin memperolehi kemerdekaan di tiga wilayah selatan iaitu Yala, Patani dan Narathiwat. Namun Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani atau PULO yng dibentuk pada 1969 dan menjadi kumpulan pemberontak terbesar di selatan Thailand sejak dua dekad lalu dilihat lebih banyak membawa kekusutan ke arah rundingan damai dan gencatan senjata yang pernah diwar-warkan sebelum ini.
Masyarakat di Selatan Thailand terus meletakkan harapan yang tinggi agar usaha damai akan berlaku di antara pihak kerajaan dan masyarakat Islam di tiga wilayah itu supaya tragedi sadis yang pernah berlaku di Takbai suatu ketika dahulu tidak berulang. Walau apa pun telahan, tanggapan dan juga harapan masyarakat dunia yang lain untuk melihat keamanan di tiga wilayah itu terlaksana, kita sebenarnya harus bersama-sama memikirkan alternatif terbaik bagi merealisasikannya dan bukan sekadar 'memandang sebelah mata' atau hanya cuma 'melepaskan batuk di tangga'.
No comments:
Post a Comment