Beberapa minggu lepas penulis berkesempatan menonton filem 'Syurga Cinta' yang penulis rasakan sinopsis atau jalan ceritanya hampir menyamai dengan telefilem dari negara seberang iaitu 'Kiamat Sudah Dekat'. Apa pun penulis sangat tertarik dengan jalan ceritanya yang bersahaja tetapi sarat dengan mesej positif serta sinis yang boleh dikongsi bersama pembaca.
Keseluruhan cerita itu tidak perlulah penulis ulas. Penulis sangat tertarik dengan kata-kata atau pun pesanan seorang yang bergelar atok di penghujung cerita itu. Apa itu yang dimaksudkan syurga cinta.
1. Jodoh dari Syaitan - Seorang lelaki dan perempuan telah menjalinkan hubungan cinta lalu melakukan pelbagai maksiat sehinggalah membawa kepada keterlanjuran atau zina dan selepas itu mereka pun berkahwin. Itu adalah jodoh dari syaitan.
2. Jodoh dari Jin - Seorang lelaki atau perempuan yang menagih cinta daripada seseorang dan cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan lalu mereka menggunakan bomoh, penunduk dan sebagainya dan selepas itu dapatlah mereka berkahwin. Itu adalah jodoh dari jin.
3. Jodoh dari Allah - Seorang lelaki dan perempuan bertemu lalu pertemuan itu membawa kepada perasaan cinta yang tidak dirajai oleh nafsu syaitan lalu lelaki itu pun meminang perempuan tersebut dan seterusnya mereka pun berkahwin atas dasar cinta yang tulus. Itulah jodoh dari Allah dan Insyaallah hubungan mereka dirahmati, diberkati dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Itulah yang dinamakan SYURGA CINTA.
Harapan penulis agar kita sama-sama renungkan di aras mana kita berada dalam soal jodoh ini. Walau pun ianya hanya sebuah filem yang bertujuan menghiburkan penonton sahaja, kita sebenarnya boleh mengambil pengajaran daripada pengisian positif filem tersebut untuk diteladani bersama.
2 comments:
Ai...Perli ke pe ni?Ni yang nak ngajuk giler2 ni,...Hehe...
ye ke cgu... wohoo... x sgke lak..
(FAHMIEFORM3)
Post a Comment