Dreamstime

Royalty Free Images

Tuesday 19 October 2010

LAGI KALIMAH ALLAH DI AWAN...


Kebetulan selepas tamat program di sekolah, penulis bersama seorang teman sekerja melepaskan 'tension' dengan hobi baru kami iaitu 'berfotografi'. Walau pun penulis masih baru lagi berkecimpung secara kebetulan didalam bidang ini, hasil tunjuk ajar oleh kawan-kawan banyak dipelajari hari demi hari.

Saksikanlah gambar yang penulis 'captured' ketika hari melabuhkan tirai siangnya. Pada ketika itu awan kelihatan seperti api yang sedang marak dan amat menggerunkan. Setelah dimuat turun ke dalam komputer riba, barulah jelas kelihatan Kalimah Allah yang tertera di awan. Subhanallah... Semoga dapat dikongsi dengan semua pembaca untuk renungan dan keinsafan diri tentang Kebesaran Allah.

No comments:

Powered By Blogger