Dreamstime

Royalty Free Images

Saturday 16 April 2011

DIALOG KEBENARAN YANG PALSU OLEH ZULKIFLI NORDIN


Siapa tak kenal Zulkifli Noordin? Seorang yang kononnya hebat di pentas politik! Penulisan beliau semenjak dipecat daripada parti PKR terus-menerus menghentam PKR terutamanya Anwar Ibrahim. Di atas justifikasi apa beliau begitu marahkan Anwar Ibrahim penulis tidak begitu pasti. Penulis sempat menjengok dan membaca beberapa artikel yang ditulis di laman blog yang bolehlah dikatakan penulisan yang bersahaja, santai tetapi penuh dengan emosi jahat mengkritik Anwar Ibrahim. Penulis mula tertanya-tanya apakah sebenarnya agenda yang cuba disampaikan oleh beliau sebagai seorang yang bergelar YB.

Penulis sangat tertarik untuk memberi reaksi terhadap tulisan beliau di bawah tajuk 'Dialog Kebenaran'. Di dalam dialog tersebut, beliau menemuramah seorang Ustaz di salah sebuah masjid (tidak dinyatakan nama Ustaz dan Masjid yang kononnya untuk tidak mempertikaikan jawapan Ustaz berkenaan). Temubual dengan Ustaz tersebut adalah berkisarkan kepada isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Setelah membacanya, penulis merasakan bahawa ada sesuatu yang sangat mencurigakan yang mana seolah-olah dialog itu direka-reka oleh beliau sendiri dan boleh dikategorikan sebagai sebuah dialog palsu. Sila baca di http://zul4kulim.blogspot.com/2011/04/dialog-kebenaran.html

Pembaca boleh menilai sendiri selepas membaca tulisan beliau. Jika benar temuramah itu berlaku, kenapa beliau tidak berani menyatakan secara jelas di manakah masjid dan siapakah nama Ustaz yang dimaksudkan? Bukankah beliau dikenali dan diberi jolokan seorang yang lantang, berani dan tidak takut untuk menyuarakan pendapat? Dialog yang diarkan di dalam blog beliau dilihat seperti dialog seorang yang BODOH bertanya kepada seorang yang juga BODOH! Jawapan Ustaz tersebut tidak langsung menampakkan ketokohan seorang yang mempunyai lulusan agama yang tinggi. Kenapa beliau tidak terus bertanya kepada ulama yang lebih berwibawa dalam isu video seks itu?

Penulis masih lagi ingat jawapan beliau di dalam Buletin Utama mengenai isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Beliau dengan begitu angkuhnya menyatakan bahawa beliau yakin 110% lelaki yang beraksi di dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim walhal apabila ditanya adakah beliau menonton video tersebut, beliau katakan tidak. Di dalam dialog palsu dengan Ustaz, beliau memperlekehkan jawapan Ustaz berkenaan kerana memberi jawapan tanpa menonton video seks yang dimaksudkan terlebih dahulu.

Kesimpulannya sangat mudah. Rekaan dialog dalam blog beliau tidak lebih daripada dialog yang kononnya beliau lebih hebat daripada Ustaz berkenaan. Mungkin pembaca tidak mengetahui satu perkara tentang Zulkifli Noordin. Beliau merupakan seorang manusia pengecut yang tidak berani berdepan dengan kritikan secara berdepan. Beliau hanyalah berani bersuara melalui blog, TV3 suku dan laman sosial. Penulis telah lama 'request add as friend' di Facebook beliau tetapi hingga ke hari ini tidak diterima. Komen yang penulis utarakan di dalam blog beliau pun tidak disiarkan malah ruangan untuk komen seperti tidak ada fungsi. Beginikah sikap seorang pemimpin yang kita mahukan?

Jika benar beliau anak jantan yang lantang! Sahutlah cabaran penulis untuk siarkan apa sahaja komen pembaca dalam blog dan laman sosial beliau. Dedahkan nama Masjid dan Ustaz yang ditemuramah. Jangan hanya pandai menghentam orang lain sahaja! Penulis sangat yakin dengan kuasa Allah, Insyaallah pada pilihanraya akan datang, nama Zulkifli Noordin akan terus lenyap dalam arus politik negara kerana kehadiran beliau langsung tidak memberikan faedah kepada agama, bangsa dan negara!

No comments:

Powered By Blogger