Dreamstime

Royalty Free Images

Tuesday 14 June 2011

KELAHIRAN PUTERA SULONG KU





Sejuta kesyukuran Kehadrat Allah S.W.T dengan kelahiran putera sulong penulis pada 5/6/2011 yang lalu. Alhamdulillah kerana ibu dan bayi selamat dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Walaupun pada tarikh tersebut penulis berada di Kuala Lumpur kerana mengikuti Program Diploma Pendidikan di UIAM, penulis terpaksa bergegas pulang ke Kuantan selepas mendapat perkhabaran isteri tercinta dimasukkan ke wad bersalin di Klinik Keluarga MUIP, Kuantan. Dengan penuh takzim penulis sentiasa berdoa supaya dapat berada disisi dan menemani isteri di bilik bersalin dan juga menyambut kelahiran bayi pertama. Dengan Kuasa Allah S.W.T, penulis sampai di Kuantan pada pukul 10.30am.

Setibanya penulis di bilik bersalin, penulis terus berada disisi isteri yang pada ketika itu kelihatan sedang menahan kesakitan yang amat sangat. Sayu hati apabila melihat keadaan isteri yang begitu terseksa menahan sakit. Setelah hampir 4 jam berada dalam bilik bersalin, tepat jam 12.52pm, lahirlah putera sulong kami yang pertama ke dunia. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya penulis pada ketika itu. Alhamdullilah kuucapkan setinggi-tinngi kesyukuran kepadamu Ya Allah...

No comments:

Powered By Blogger