Dreamstime

Royalty Free Images

Wednesday 10 August 2011

SAINS SUKAN: IDENTIFIKASI BAKAT (TID) - BAHAGIAN 1


Pengenalan

Identifikasi bakat (TID) merupakan satu kaedah dimana ianya melibatkan pemilihan, penilaian, pencarian serta melibatkan penyelidikan tentang bakat atau kesesuaian kanak-kanak, individu dan atlet untuk menyertai satu-satu sukan. Identifikasi bakat telah lama diperkenalkan di negara-negara eropah yang kini telah mula menular ke asia malah negara kita juga tidak ketinggalan. Namun begitu, sistem identifikasi bakat yang dilakukan di setiap negara adalah berbeza serta setiap kaedah yang dijalankan mempunyai pendekatan yang berlainan. Dalam tugsan ini, saya akan membuat ulasan serta kupasan perbandingan sistem TID di Malaysia dan sistem TID yang digunakan di Rusia. Perbandingan sistem tersebut merangkumi pelbagai aspek iaitu dari segi persamaan, perbezaan, kelebihan, kelemahan dan juga aspek-aspek tambahan lain yang dirasakan menepati tajuk tugasan ini.

Sejarah TID

Sejarah TID bermula dari kejayaan-kejayaan program TID negara Eropah Timur dalam sukan. TID negara-negara Eropah Timur yang sistematik menjadi faktor penting mereka mendominasi sukan dunia sekitar tahun 70 - 80an. Pada tahun 1976, Romania telah membuat pemilihan atlet pendayung wanita berdasarkan kesesuaian fizikal. Melalui TID yang dijalankan, pasukan mendayung tersebut telah menghasilkan 5 pingat dalam sukan Olimpik 1980. Dalam Sukan Olimpik 1984, Romania menggunakan cara yang sama untuk kumpulan kedua dan berjaya memenangi 5 pingat emas. Romania juga telah membuktikan kejayaan TID yang dijalankan oleh mereka dalam sukan-sukan yang lain.

Dalam Sukan Olimpik 1976, lebih 80% atlet Bulgaria yang memenangi pingat adalah hasil daripada TID yang dilakukan. Pada tahun 1987, pasukan mendayung Australia mula menggunakan TID yang mana ianya dilakukan oleh AIS melalui sekolah-sekolah di sekitar Victoria dan South Australia. Beberapa bulan selepas itu mereka memenangi pingat gangsa dalam World Junior Rowing Championship. Negara Rusia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem TID yang unik tetapi tidak diketahui bilakah ianya bermula kerana dasar sosialisnya.

Proses pencarian TID berlaku apabila individu yang dikenalpasti pada masa itu tidak menyertai sukan pada masa tersebut tetapi menunjukkan potensi dalam lapangan sukan-sukan tertentu. Atlet yang telah menyertai sukan dan berbakat dalam sukan tertentu dianggap sebagai satu proses pembangunan bakat. Program TID sangat sesuai untuk sukan-sukan yang mementingkan keperluan fizikal dan fisiologikal serta sukan yang mana kejayaannya ditentukan oleh kemahiran dan strategi-strategi tertentu. Pencarian asas dilakukan dengan bantuan guru sekolah dan dianalisa oleh saintis sukan. Selepas proses mengenalpasti dilakukan, ujian sukan spesifik perlu dilakukan untuk melengkapkan proses pemilihan. Kejayaan TID berlaku apabila ada program pembangunan bakat yang berstruktur dan sistematik dapat disediakan.

Kajian Lepas

Identifikasi bakat merupakan satu proses menggalakkan kanak-kanak untuk menyertai sukan yang mereka suka dan boleh memberi kejayaan berdasarkan keputusan parameter ujian yang dipilih. Parameter ini direka untuk meramalkan kemampuan pencapaian kanak-kanak mengikut tahap kecergasan dan kematangan pada masa sekarang.
Peltola Thomson dan Beavis, 1992

Identifikasi bakat (TID) merupakan satu proses penyaringan kanak-kanak dan remaja dengan menggunakan ujian fizikal, psikologikal dan ciri-ciri kemahiran untuk mengenalpasti atau identifikasi mereka yang berpotensi bagi menjayakan sukan yang tertentu .
Deboran Hoare, 2000

Dengan bantuan daripada sainstis sukan, banyak negara dan sukan individu di dalam negara telah memperkenalkan dan memperkembangkan kaedah spesifik untuk mengenalpasti individu yang berbakat dan membantu individu memilih sukan yang paling sesuai mengikut kemampuan yang ada pada atlet dan individu yang berbakat dapat dikenalpasti melalui pertandingan tetapi sukan moden sekarang tidak sesuai untuk situasi sedemikian.

No comments:

Powered By Blogger