Sepanjang hayat kita di dunia, kita tidak boleh lari daripada mendengar 'cakap-cakap' orang. 'Cakap-cakap' orang yang penulis maksudkan adalah 'cakap-cakap' yang mempunyai unsur-unsur umpatan, cacian, hasutan sehinggalah membawa kepada fitnah liar. Dulu, arwah datuk pernah berpesan, bijak manusia bukan hanya pada akalnya tetapi bijak manusia termasuklah bijak tingkahlakunya, bijak tindakannya dan bijak pertuturannya. Pepatah juga ada mengatakan 'kerana mulut badan binasa'. Kenapa begitu? Memang benar jika sekiranya kita tersalah cakap, silap-silap dunia boleh jadi kacau-bilau.
Perinsip penulis sangat mudah. Kita sentiasa mendengar apa orang kata tetapi jangan mudah percaya setiap apa yang diperkatakan. Setiap sesuatu yang kita dengar tidak semestinya betul dan benar. Sebab itulah Allah kurniakan akal fikiran untuk kita berfikir sebelum bertindak. Penulis pernah menghadapi situasi dimana penulis difitnah dan diburukkan macam-macam sehingga sampai ke satu tahap yang sangat sukar untuk terus menongkat kesabaran. Akhirnya penulis terpaksa bersuara menyatakan kebenaran bagi mempertahankan diri-sendiri. Berani kerana benar merupakan ungkapan yang semakin lama semakin dilupakan. Sungguh malang masyarakat kini tidak lagi berani kerana benar tetapi mereka lebih berani menukarkan yang salah kepada benar. Maka tidak hairanlah pada hari ini negara kita dibanjiri dengan bahan-bahan retorik yang sangat memualkan melalui corong-corong mulut 'sial' segelintir manusia yang berajakan serakah iblis demi memperolehi kekuasaan di dunia.
Sepatutnya kita lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan 'cakap-cakap' orang. Kita juga tidak boleh sama sekali terus mempercayai setiap percakapan atau khabar angin selagi tidak disusuli dengan bukti-bukti yang sahih. Mendengar adalah perkara yang utama yang sangat-sangat digalakkan manakala mencari bukti dan fakta yang benar merupakan satu usaha susulan yang perlu supaya kita tidak menyimpang daripada landasan kebenaran.
Emosi yang tidak dikawal boleh mendatangkan kecelaruan pemikiran. Jangan sesekali kita mendahulukan sikap emosional kita kerana sikap tersebut boleh mengundang padah kepada diri-sendiri. Sikap rasional lebih baik berbanding sikap emosional. Setiap 'cakap-cakap' orang perlu dipersoalkan dengan persoalan seperti betul ke, apa buktinya dan lain-lain lagi untuk kita mendapat maklumat yang lebih tepat. Cari dan selidiklah dengan teliti supaya 'cakap-cakap' yang kita dengar jauh daripada unsur-unsur yang tidak baik. Dunia akan aman apabila 'mulut-mulut laknat' disumbat dengan najis busuk bagi menyedarkan mereka bahawa seluruh masyarakat dunia mengutuk keras golongan manusia yang mengamalkan 'cakap-cakap' yang boleh mencetuskan suasana tegang yang bisa merosakkan keharmonian hidup manusia sejagat.

No comments:
Post a Comment