Benarkah manusia menjadi rosak dan malas kerana kecanggihan teknologi? Sudah pasti ada yang setuju dan ada juga sebaliknya. Apa yang penting kita harus peka dengan arus perubahan teknologi semasa di sekeliling kita bermula daripada perubahan biasa sehinggalah kepada perubahan yang sangat luar biasa. Apakah yang dimaksudkan oleh penulis tentang kedua-duanya? Perubahan biasa ialah perubahan yang tidak 'mengejutkan' dan ianya melibatkan proses 'upgrading' daripada teknologi sedia ada kepada peningkatan kuasa, kelajuan, keupayaan kerja dan seumpamanya. Manakala perubahan luar biasa pula merangkumi pelbagai aspek di luar jangkauan pemikiran kita seperti penciptaan mesin-mesin gergasi, keupayaan berkomunikasi tanpa batasan, kewujudan teknologi yang membolehkan manusia tidak perlu kemana-mana dan banyak lagi.
Anjakan paradigma mengenai kehebatan teknologi terkini yang sangat ketara membuktikan bahawa manusia semakin bijak. Inilah kurniaan Allah yang Maha Hebat. Kesan daripada penciptaan teknologi canggih telah banyak membantu manusia untuk melakukan sesuatu kerja dengan mudah walaupun terpaksa dibayar dengan harga yang sangat mahal. Namun, impak atau kesan daripada kecanggihan teknologi inilah juga yang menyebabkan manusia menjadi rosak dan malas. Kita tidak boleh sama sekali menyalahkan pembangunan teknologi tetapi kerakusan manusia itu sendiri yang perlu dipersalahkan sekiranya mereka tidak bijak mamanipulasi teknologi.
Dunia dihujung jari merupakan satu istilah bagi menunjukkan bahawa kehidupan manusia kini tidak perlu lagi 100% bergerak untuk melakukan sesuatu kerja dan sebagainya. Hanya dengan menggunakan jari sahaja kita mampu untuk berkomunikasi, bekerja, menyiapkan proses transaksi dan pelbagai lagi. Rutin harian kita semakin mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kehidupan 20 tahun yang lampau. Sesiapa sahaja yang berkemampuan dari segi kewangan sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk mengecapi setiap teknologi yang wujud manakala yang kurang berkemampuan mungkin hanya mampu menumpang bangga dan tidak lebih dari itu.
Hakikatnya, walaupun kecanggihan teknologi bertujuan mempermudahkan tugasan manusia, terdapat segelintir manusia yang menyalahgunakannya demi 'survival' kehidupan mereka samada bagi memperolehi hasil kekayaan secara haram sehinggalah kepada memperdaya manusia lain. Sebagai contoh; wujudnya sindiket pemalsuan dokumen, penganjuran judi melalui internet, penggubahan wang palsu, pemerdagangan manusia, penggodam sistem komputer dan banyak lagi. Itu merupakan sebahagian contoh kewujudan teknologi canggih yang disalahgunakan oleh segelintir manusia bagi tujuan mengambil kesempatan diatas kelemahan dan merosakkan manusia lain. Sudah pasti mereka yang diperdayakan mungkin akan mengalami gangguan emosi dan trauma berpanjangan.
Dengan perkembangan teknologi juga manusia menjadi semakin malas. Buktinya pada hari ini semua keperluan di rumah hanya perlu menggunakan 'remote control' sahaja. Akhibatnya, kehidupan seharian kita tidak lagi aktif. Seluruh kehidupan kita mula berubah kepada tabiat yang kurang baik. Amat membimbangkan apabila generasi manusia pada hari ini terlalu terdedah dengan kecanggihan teknologi sehingga melupakan terus kehidupan sosial diluar rumah seperti bersukan, beriadah dan sebaginya. Rata-rata ibu bapa hari ini yang sibuk bekerja terpaksa menyediakan kelengkapan di dalam rumah untuk kegunaan anak mereka seperti komputer (internet) dan permainan video supaya anak-anak mereka tidak keluar rumah sepanjang ketiadaan mereka. Kanak-kanak yang teruja dengan permainan video sudah pasti akan meninggalkan terus amalan kesihatan fizikal sehinggalah mereka mencapai alam remaja dan dewasa. Lama-kelamaan generasi tersebut akan terus mewarisi tabiat sedemikian ke generasi seterusnya. Maka kita mungkin tidak akan dapat lagi melihat kelibat kanak-kanak, anak muda bermain di taman permainan dan di padang.
Kronologinya sangat mudah. Teknologi canggih yang disalahgunakan atau digunakan secara tidak bijak akan menyebabkan kerosakan kepada manusia dan juga menyebabkan manusia menjadi malas. Adalah sangat dangkal jika kita nyatakan bahawa teknologilah yang merosakkan manusia. Walhal manusialah yang perlu dipersalahkan sekiranya mereka terus 'lalok' dibuai kecanggihan teknologi sehingga menyebabkan kehidupan mereka hanya bergantung kepada 'hujung jari'.

2 comments:
Bersetuju sgt dgn tulisan saudara,kesanya nanti akn hilang minat utk keluarkan tenaga bila semua perkara di hjng jari..malah aktiviti riadah juga akan tidak di minati lg apabila manusia hnya berminat utk bersukan tnpa perlu letih n dibasahi peluh...
yap..stuju sgt!
Post a Comment