kenapa kita perlu melancarkan kempen sedemikian? kempen tersebut seolah-olah seperti satu kempen yang mengajak pengunjung pusat hiburan supaya tidak menggunakan dadah semasa menari...relevankah? tetapi pada hakikatnya, pengunjung dibenarkan menari sepuas-puasnya tanpa menggunakan dadah?...samalah juga kalau kita lancarkan pula kempen 'JANGAN MINUM ARAK DALAM PUSAT HIBURAN' atau kempen 'JAGA TINGKAHLAKU ANDA SEMASA MENARI' dan entah apa-apa lagi kempen bodoh yang lain! tidakkah kita terfikir untuk menutup sahaja pusat-pusat hiburan gelap yang nyata sekali telah banyak merosakkan muda-mudi kita terutama yang beragama Islam? selesai semuanya...dan tak payah lagi ada kempen yang menghabiskan duit semata-mata nak jauhkan masyarakat daripada bahaya dadah...salah tempat dan cara!!!...bagaimana dengan pergaulan bebas dalam pusat hiburan? bagaimana dengan maksiat? mabuk sana mabuk sini...raba sana raba sini...peluk sana peluk sini...zina! siapa nak bertanggungjawab? mana pendekatan Islam Hadhari? mana perginya para Mufti? Jabatan Agama? senyap membisu macam tunggul! tunggu apa lagi? bertindaklah sekarang sebelum anak bangsa kita kembali ke zaman YANG LEBIH JAHIL DARIPADA ZAMAN JAHILIAH!
1 comment:
bagus, teruskan usaha
Post a Comment