Dreamstime

Royalty Free Images

Friday, 11 July 2008

ANTARA MAHASISWA, PTPTN DAN KAYAP...

Saat inilah yang paling gembira bagi mahasiswa/i iaitu bila mana mereka mendapat pinjaman ptptn untuk pembukaan semester yang baru. berduyun-duyun kita dapat lihat di kaunter-kaunter bank atau di depan mesin ATM yang rata-rata antara mereka merupakan mahasiswa/i tak kira samada dari IPTA mahupun IPTS.

Esok, lusa, minggu depan...kita boleh lihat pulak ramai antara mereka yang meraikan pinjaman mereka dengan membeli Handphone baru, laptop baru, sport rim motor baru, baju baru, seluar baru....pendek kata, serba-serbi akan bertukar menjadi baru...yang peliknya, ada jugak antara mereka yang sampai dua, tiga handphone seorang...mengalahkan businessman! handphone pulak bukan calang2...kalau tak cecah ribu-ribu tu tak main la...'low class'!

Aku pun kadang2 hairan dan pelik kenapa pada hari ini, generasi mahasiswa/i kita lebih mementingkan benda2 yang macam ni. Aku tak kata semua tapi kebanyakannya memang ada yang jenis macam yang aku bagitau tadi. bila tiba masa pensyarah suruh beli buku, masing-masing mengeluh...sebabnya takde duit. takde duit kepala hotak berjambul dia! jangan nak bagi alasan kalau duit korang habiskan wat beli benda-benda yang takde faedah...sedar skit duit tu korang pinjam untuk blaja...bukan untuk berjoli sakan!

Ni aku nak bagi skit nasihat...duit ptptn tu da lepas blaja nk kena byr balik...ingat tu...
kita ni stdnt yang bila da abis blaja nt...terus jadi penghutang...jd tak payah korang nk bermegah-megah sekarang dengan benda-benda yang baru ke yang ada class! ke ...tak payah...blaja dulu.lepas tu bila dah kerja nanti, korang beli lah nak beli apa pun sebab masa tu korang dah ada kerja sendiri, bisnes sendiri dan macam2. nak bangga sekarang tak guna. ingat lah skit mak bapak korang, adik beradik korang kat kampung...mereka nak korang jadi pelajar yang baik, yang bagus tapi kalau dalam pengurusan kewangan pun korang masih lagi bodoh, baik korang balik kampung je...lepas tu bela lembu...kalau dah bodoh sangat memang lembu yang layak jd kawan korang...tak payah nak rosakkan harapan mak bapak...buat menyemak je kat universiti.

Last skali, aku nak ingatkan kat korang skali lagi...bila dapat je duit ptptn tu, korang rancang lah btl2 keperluan kewangan korang untuk beli apa2 je berkaitan pelajaran korang. tak payah nak pikir benda-benda lain dulu...jangan pulak berlagak nak blanje org tu nk blanje org ni...paling penting tak payah la korang dok joli sangat duit tu...aku dapat tau yang ada jugak mahasiswa/i kita joli duit ptptn ni dengan pakwe/makwe...pergi disco, kelab malam, sewa hotel dan macam2 lagi...sedih aku dengar kalau betul perkara ni berlaku...jangan sampai bila kita dah dapat duit ptptn tu, kita lupa dunia! kita lupa diri! yang lebih teruk kita lupa tuhan!...jangan sampai kita berlagak jadi org kaya tapi sebenarnya kita ni kayap!

Sekian...

No comments:

Powered By Blogger