Saban hari laman sembang internet atau lebih dikenali sebagai laman 'chatting' semakin digilai bukan sahaja di kalangan anak muda belasan tahun bahkan ianya melibatkan mereka yang bergelar mahasiswa. Lebih dasyat lagi, golongan yang berusia juga semakin galak dalam revolusi dunia tanpa sempadan ini. Namun bukanlah kita patut menyalahkan mereka semua. Tidak pula salah perkembangan teknologi itu sendiri. Persoalannya bagaimanakah untuk kita tidak menyalahgunakan kecanggihan teknologi tanpa sempadan ini bagi dimanfaatkan secara positif penggunaannya lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar mahasiswa.
Melalui tinjauan rambang saya sendiri, kebanyakan mahasiswa kita pada hari ini telah mula menjadi 'regular customer' kepada laman-laman sembang di internet bagi pengisian masa terluang mereka. Ada juga kebanyakan daripada mahasiswa kita yang sanggup menghabiskan masa mereka 'berjam-jam' hanya untuk 'berchatting' semata-mata. Tidakkah ini merugikan masa mereka serta juga boleh mengundang perkara-perkara negatif yang lain? Tanyalah kepada mereka tentang 'YM', 'Friendster', My Space dan pelbagai lagi laman sembang internet. Saya boleh beri jaminan 9/10 daripada mahasiswa kita hari ini cukup arif berkenaan laman-laman tersebut.
Pernah satu ketika, saya membuat tinjauan sendiri di pusat IT di beberapa buah fakulti dalam kawasan kampus...rata-rata penggunanya terdiri daripada mahasiswa/i yang sedang sibuk melayari laman carian kawan, laman sembang dan laman seumpamanya. Inilah salah satu faktor yg saya rasakan bahawa ianya sedikit-sebanyak boleh menjerumuskan pemikiran mahasiswa kita kepada satu budaya yang agak kurang sihat jika terus-menerus diberi kebebasan dan tidak dibendung. Mahasiswa kini telah mula hilang identiti sebagai seorang intelektual yang bermentaliti kelas pertama bahkan lebih buruk lagi apabila mereka tidak pernah menyedari yang mereka adalah golongan yang bakal mewarisi tampok kepimpinan negara kelak.
Harapan saya agar seluruh mahasiswa menyedari bahawa kita seharusnya bersedia, berinovasi, berdaya-saing serta memiliki ciri-ciri seorang mahasiswa yang bermentaliti kelas pertama...serentak dengan itu kita juga harus menjadi seorang mahasiswa yang mempunyai daya intelek yang tinggi serta bijak memikirkan apa yang baik dan apa yang buruk. Sebagai Moral dan Kesimpulannya, saya tidak sesekali mengatakan kita tidak boleh melayari laman-laman sembang, laman-laman carian kawan dan sebagainya...tetapi haruslah kita berpada-pada dan tidak terlalu taksub untuk TERUS LENA,TIDUR,BANGUN,MAKAN,BALAJAR demi kerana nak penuhi nafsu kita melayari laman-laman sembang serta mengenepikan secara total PEMIKIRAN KITA SEBAGAI SEORANG MAHASISWA, BUKU-BUKU ILMIAH, KULIAH...dan sebagainya yang bakal mencorakkan kehidupan kita sebagai seorang manusia yang lebih berguna kepada Agama, negara dan bangsa!
No comments:
Post a Comment