Aku rasa nak tergelak dan nak termuntah pun ada bila tengok dalam akhbar dua tiga hari lepas kira-kira 5000 orang pelajar UITM Shah Alam berdemonstrasi di depan bangunan SUK bagi membantah dengan keras kononnya MB Selangor telah mencabar hak istimewa melayu/bumiputra. Baru kali nilah aku tengok budak-budak pelajar U berani buat emonstrasi tanpa ada sekatan daripada pihak pengurusan universiti. Tak kira laki-perempuan pun turut sekali. Tak tahu lah pulak ada juga kaum yang dua alam. Bagus…bagus dan syabas aku ucapkan! Negara demokrasi lah katakan…Seingat aku dalam AUKU tak boleh nak demontstrasi-demonstrasi. Nak berkumpul lebih dari 3 orang pun nak kena mintak kebenaran. Tak tahu lah pulak kalau-kalau AUKU tu dah diubah…dengar-dengar ceritanya, AUKU memang nak dikemaskini. Entah lah…
Yang menariknya bila sekali lagi aku tertengok berita TV3…dengan penuh emosi, wakil pelajar UITM menyatakan rasa tidak puas hati yang sangat-sangat di atas kenyataan MB Selangor itu. Wah! Ini sudah lagi bagus. Nampaknya kita dah ada Hulubalang Melayu di UITM. Jangan jadi HULUPARANG sudah lah…mana tidaknya, gaya bercakap pun macam tergagap-gagap…wakil pelajar betul ke tu? Ah! Tak kisahlah semua tu…aku bukan apa…aku pun wakil pelajar cumanya aku dari lain U. Jadi tak salah lah aku nak komen sebab sama taraf. Kalau tak sama taraf pun apa salahnya aku nak komen? Pendek kata, siapa-siapa pun boleh komen…asalkan komen yang baik-baik dan yang ikhlas. Entahlah…
Balik kepada cerita tentang kenyataan MB Selangor tu… setahu aku, MB tu cuma bagi cadangan sahaja. Sebabnya bukan dia berkuasa pun nak ubah kouta bagi 10% bukan bumiputra masuk UITM. Kuasa mutlak kerajaan yang punya. Kena lah faham. Siapa-siapa pun boleh bagi cadangan. Kalau orang bagi cadangan kenalah dengar dulu, fikir dulu…jangan cepat sangat naik angin! Tak puas hati sikit-sikit cukuplah. Lagi pun itu cadangan yang bersifat peribadi sahaja. Tak perlulah nak diperbesar-besarkan. Jangan cepat sangat nak jadi hero! Hero lah sangat dapat masuk akhbar…hero lah sangat dapat masuk TV. Entahlah… Kadang-kadang aku pelik jugak kenapa tiba-tiba MB keluarkan kenyataan macam tu pada masa semua orang tengah naik angin dek gara-gara harga minyak naik. Sampaikan Datuk NC Ibrahim Abu Shah pun macam ala samseng menyelar kenyataan MB Selangor itu. Aku pun mula-mula marah jugak walaupun aku bukan warga UITM. Dah terang-terang semua orang tahu UITM tu untuk bumiputra sahaja. Tapi bila aku fikir-fikir balik, mungkin ada sebab MB kata begitu. Entah-entah MB kata macam tu sebab nak test saja… atau pun entah-entah dia tengok pelajar melayu kat UITM teruk sangat dan takda saingan. Saingan dalam benda-benda tak elok banyaklah…Entahlah…
Aku sebenarnya bangga jugak bila tengok budak-budak UITM semua bersatu sebab nak mempertahankan kesucian sebuah U tempat mereka belajar. Semangat macam nilah yang kita nak. Cumanya ada beberapa perkara yang mereka perlu lebih bersemagat lagi hebat… Bukan semangat atas nama melayu sahaja! Semangat lah atas nama Islam sekali! Berhimpunlah bantah mereka yang terlibat dengan gejala-gejala sosial yang terang-terang merosakkan nama baik U dan merosakkan akhidah umat Islam. Kenapa takda suara untuk itu? Kalau berani sangat sahutlah cabaran aku! Dengar khabarnya, pelajar UITM ni hidup mereka mewah sedikit berbanding pelajar daripada U lain. Betul ke? Kenapa ye? Sebabnya mereka bayar yuran murah je…penempatan pun tak payah susah-susah nak bayar. Pendek kata…duit PTPTN tu banyak lah bakinya. Entahlah…kalau dah duit PTPTN dapat banyak, macam-macam lah boleh buat. Handphone baru, baju baru, motor baru, awek baru dan macam-macam lagilah. Aku tak maksudkan semua pelajar UITM. Hanya mereka yang terasa saja. Orang kita kalau dah dapat duit banyak, mula lah nak berlagak! Mula lah lupa dunia! Mula-mula kawan, lepas tu kapel, lepas tu pegang tangan, lepas tu pegang-pegang, raba-raba, lepas tu lagi? Faham-fahamlah sendiri apa maksud aku.
Daripada mereka sibuk dok demonstrasi pasal perkara yang tak mungkin jadi, lebih baik mereka pakat-pakat banteras gejala-gejala negatif yang semakin galak berlaku. Jangan nak berlagak tak bertempat. Tak payah lah nak fikir lagi pasal kenyataan MB Selangor tu. Baik fikir tentang pelajaran, baik fikir tentang masa depan. Jangan diikutkan sangat dengan rentak media massa yang sedikit-sebanyak telah mencambahkan benih-benih hasutan jahat dalam fikiran kita. Ambil lah perkara yang baik dan jauhkanlah sejauh-jauhnya perkara yang buruk-buruk. Sebagai pelajar sepatutnya kita dah boleh berfikir dengan bijak. Jangan jadi pelajar universiti yang hanya tahu bersorak ketika sesi haluansiswa saja yang akhibatnya kita bakal bergraduasi dengan ilmu Mat Jenin yang hebat dalam ilmu angan-angan. Menang sorak, akhlak tergadai. Entahlah…
No comments:
Post a Comment