MELAKA 10 Okt. – Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok. (petikan daripda Utusan Malaysia)
Tatkala negara kita dikejutkan dengan berita peralihan kuasa Perdana Menteri, terselit pula berita mengenai Hero Hindustan pujaan ramai Shah Rukh khan yang bakal dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran 'Datuk'. Pengiktirafan tersebut adalah bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia kata Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadun Basiron.
Penulis merasakan bahawa anugerah tersebut merupakan sesuatu yang lucu dan sememangnya tidak wajar sama sekali. Perlukah anugerah seumpama itu diberikan kepada seorang aktor yang tidak langsung memberi jasa kepada negar kita? Apakah kerana beliau menjadi artis pujaan rakyat Malaysia dan secara kebetulan menjadi artis pujaan Yang Di pertua Negeri maka beliau layak dikurniakan anugerah tersebut dengan begitu mudah? Jangan pula kita 'terkejut beruk' apabila lebih ramai lagi artis luar negara yang bakal dianugerahkan dengan anugerah yang sama dan juga dengan alasan yang sama kerana umum mengetahui bahawa artis-artis luar negara khususnya dari negara jiran kita telah menjadi tarikan yang 'menggila' kepada masyarakat Malaysia kini khususnya golongan muda-mudi.
Persoalannya, mengapa terlalu mudah untuk dikurniakan anugerah seumpama itu? Jika perkara sebegini berterusan tanpa ada suara-suara yang memberi kritikan yang membina, maka dibimbangi suatu hari nanti, lambakan mereka yang bergelar 'Datuk' akan mula menjadi bahan ejekan, sindiran serta mungkin juga dijadikan bahan gelak ketawa masyarakat yang merasakan anugerah tersebut sebagai satu anugerah yang 'sesiapa pun boleh dapat'. Siapa tahu satu hari nanti seorang kanak-kanak juga akan diberikan gelaran 'Datuk' hanya kerana kanak-kanak tersebut menjadi artis 'tersohor' di Malaysia.
1 comment:
nk comment gak wlaupun bnd ni dh lame...hehe...mmg cm pelik je kerajaan melaka bg datukship ni kt si shahrukh...tp ad gak unsur positif kt cni...cnth dlm aspek ekonomi ngn pelancongan..at least org india tau yg wujud tmpat name mlake n dorg pn tringin nk melancong kt mlake...sy bukan peminat shahrukh ye...hihi
Post a Comment