Dreamstime

Royalty Free Images

Thursday, 8 January 2009

SAINS SUKAN - PENGENALAN MENGENAI PEMAKANAN SPIRULINA


Pengenalan Umum

Makanan tambahan “supplement” adalah merupakan salah satu kaedah masyarakat kini bagi menggantikan makanan harian mereka untuk tujuan-tujuan tertentu seperti menjaga kesihatan, berat badan dan sebagainya. Pada dasarnya, penggunaan “supplement” ini tidak semestinya memenuhi keperluan nutrien seseorang individu itu. Ini kerana kandungan sesuatu “supplement” itu tidak cukup untuk menampung keperluan pemakanan harian. Mengikut American Medical Association & American Dietetics Association, mereka menyarankan bahawa individu sihat harus mendapatkan nutrien daripada makanan dan bukan daripada “supplement”. Namun begitu, pengambilan “supplement” seperti vitamin-mineral tidaklah membawa risiko yang serius jika pengambilan nutrien tersebut kurang daripada Recommended Nutrient Intakes (RNI).


Pengenalan “Supplement” (Spirulina)

Spirulina merupakan penghasilan makanan kesihatan yang diproses daripada sejenis rumpai laut yang berwarna biru kehijauan. Rumpai laut ini juga dikenali sebagai alga yang mana ianya telah lama wujud iaitu kira-kira 3.6 juta tahun yang lalu. Alga ini ditanam di dalam laut yang mana penjagaannya adalah begitu rapi bagi menjamin tahap kebersihannya sentiasa terkawal. Oleh itu penghasilan spirulina ini merupakan satu penghasilan makanan tambahan yang terpelihara daripada sebarang pencemaran serta bermutu tinggi. Spirulina yang paling terkenal adalah spirulina yang diproses di sebuah pulau terkemuka di dunia iaitu Kepulauan Hawaii. Sebagaimana yang kita ketahui, Kepulauan Hawaii merupakan sebuah pulau yang paling bersih serta terpelihara daripada sebarang pencemaran.


Mengapakah spirulina juga dikenali sebagai alga yang berwarna biru kehijauan? Ini kerana ianya menghasilkan pigmen-pigmen tertentu iaitu pigmen biru dan hijau. Pigmen biru terhasil daripada protein yang dikenali sebagai “phycocyanin” manakala pigmen hijau pula terhasil daripada “chlorophyll”. Penghasilan spirulina bukan hanya kerana kebersihan pemprosesannya sahaja bahkan ia begitu kaya dengan protein (6 kali lebih protein daripada 10 biji telor ayam dan 20 kali lebih protein yang ada di dalam susu). Ianya juga kaya dengan zat besi serta vitamin B12, vitamin C dan juga kaya dengan pelbagai khasiat yang lain seperti glukosa serta karbohidrat dan banyak lagi.


Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh kebanyakan saintis-saintis dari negara terkemuka di dunia seperti USA, Jepun, Rusia, India dan lebih 40 negara yang lain membuktikan keberkesanan spirulina sebagai makanan tambahan yang kaya dengan protein serta khasiat-khasiat tertentu. Mereka juga telah mengesyorkan kepada penduduk seluruh dunia untuk menjadikan spirulina sebagai salah satu makanan tambahan harian disamping makanan-makanan ruji yang lain.


Siapakah yang perlu memakan spirulina? Boleh dikatakan spirulina ini sesuai untuk semua peringkat umur daripada peringkat bayi sehinggalah kepada orang dewasa serta warga emas yang mana ianya sama sekali tidak memudaratkan bahkan berupaya memulihkan tenaga seseorang itu. Spirulina juga amat sesuai bagi melancarkan perjalanan darah dan membuang sisa-sisa toksik dalam badan, mencegah kanser atau barah, melancarkan system imunisasi, mengelak stres serta banyak lagi kelebihan-kelebihannya yang lain.


Perbandingan Nutrien Yang Disyorkan dan "Supplement' (Spirulina) Berdasarkan RNI






NUTRIEN YANG DISYORKAN

SPIRULINA


Calcium

800 mg

21 mg


Iron

14 mg

4.5 mg


Zinc

6.7 mg

0.1 mg


Solenium

33 µg

3 mcg


Thiamin

1.2 mg

0.1 mg


Riboflavin

1.3 mg

0.13 mg


Niacin

16 mg

0.42 mg


Folate

400 µg

0.3 mcg


Vitamin A

600 µg

6900 µg


Vitamin D

5 µg

360 µg


Vitamin E

10 mg

0.3 mg




Protein = 55 - 70%

Carbohydrates = 15 – 25%

Minerals = 3 – 7%

Fats = 6 – 8%






* Perbandingan jadual di atas adalah berdasarkan jadual “Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2005.


Perbincangan

Berdasarkan jadual di atas, spirulina merupakan salah satu makanan tambahan yang cukup kaya dengan protein yang mana peratusan proteinnya adalah tinggi iaitu kira-kira 55 – 70% dan pengambilan protein ini adalah sangat penting bagi tubuh badan kita. Melalui penelitian yang dijalankan dalam jadual di atas juga kita dapati bahawa, pengambilan spirulina ini adalah di bawah tahap yang disyorkan RNI. Secara amnya, saranan pengambilan makanan harian adalah perlu bagi setiap individu disamping makanan tambahan yang lain. Jadual di atas juga merumuskan bahawa spirulina tidak hanya kaya dengan protein sahaja malah ianya juga kaya dengan khasiat-khasiat yang lain seperti vitamin A, D, E, kalsium (penting untuk pembentukan tulang yang sihat dan juga mencegah daripada berlakunya osteoporosis), zat besi (untuk ibu-ibu yang hamil khususnya) dan banyak lagi khasiat-khasiat yang lain. Rumusan serta hasil perbincangan yang dijalankan mendapati, spirulina merupakan salah satu makanan tambahan yang cukup baik untuk kesihatan dan ianya tidak memberi kesan sampingan atau implikasi yang tidak baik terhadap kesihatan seseorang individu itu. Spirulina juga sesuai untuk semua peringkat umur mengikut tablet atau pengambilan dalam sukatan-sukatan yang tertentu yang disyorkan.


Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, perlu ditegaskan bahawa pengambilan “supplement” atau makanan tambahan haruslah dirujuk terlebih dahulu kepada pakar-pakar pemakanan atau Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengetahui garis panduan yang telah ditentukan. Perlu juga diketahui bahawa pengambilan “supplement” hanyalah sebagai makanan sampingan sahaja dan tidak terus mengabaikan pengambilan makanan harian yang lain yang lebih berkhasiat serta memenuhi keperluan tubuh badan kita. Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan, pengambilan makanan harian seperti makanan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah perlu dan jangan hanya bergantung kepada makanan tambahan semata-mata. Semoga dengan adanya garis panduan ini, diharap dapat kita ikuti dengan jelas untuk mengelak daripada berlakunya sebarang impak yang negatif terhadap kesihatan tubuh bandan kita.


Rujukan

  1. NCCF (2005). Recommend Nutrient Intakes for Malaysia. A Report of Technical Working Group on Nutritional Guidelines. National Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia. Putrajaya .
  2. Wiliams M.H(2005).Nutrition, Fitness, & Sport. McGrawHill. London.
  3. Exercise Physiology , Teory and Application to Fitness and Perfomence. Scott K. Powers ( University of Florida ), Edward T. Howley (University Tennessee- Knoxville)

No comments:

Powered By Blogger