Dreamstime

Royalty Free Images

Saturday, 10 January 2009

TINDAKAN 'BENGAP' FAM


Agak lucu sekali apabila FAM telah dengan secara drastiknya menghukum Skuad Bola Sepak Kelantan dek kerana kononnya KAFA besikap acuh tak acuh sehingga perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 3 Januari terpaksa ditunda. Hukuman keputusan Kelantan dikira kalah dengan jaringan 0-3 kepada KL Plus menampakkan salah satu tindakan yang sangat 'bengap' di dalam sejarah bola sepak tanah air yang diputuskan oleh FAM melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad. Apa yang menghairankan penulis ialah bagaimana keputusan tersebut yang sepatutnya diteliti dengan lebih mendalam hanya mengambil masa yang singkat untuk dibincangkan dan seterusnya diputuskan oleh FAM yang telah memberi kemenangan percuma kepada KL Plus.

Keputusan yang dilakukan secara drastik itu telah menyebabkan ketidakpuashatian daripada pelbagai pihak khususnya pihak pengurusan KAFA dan juga para penyokong setia mereka. Maka tidak hairanlah para peminat setia Skuad Kijang telah berkumpul secara aman di hadapan bangunan FAM untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mereka serta menyerahkan memorandum bantahan mengenai keputusan yang dirasakan tidak adil bagi Skuad Kelantan yang baru sahaja menyertai Liga Super pada musim ini.

Umum telah mengetahui sedari dulu lagi FAM telah acap kali melakukan tindakan yang boleh dianggap 'bengap'. Sebagai contoh; penggunaan sistem dua pengadil, pengubahan jadual perlawanan yang bertindih dengan perlawanan di peringkat Asia dan juga beberapa tindakan lain yang secara terang-terangan menyerlahkan lagi 'kebebalan' mereka di dalam merencanakan arena bola sepak negara. Meski pun barisan kepimpinan dan pengurusan FAM telah bertukar wajah namun, keputusan dan tindakan yang dilakukan seolah-olah menggambarkan pemikiran mereka masih ditakok lama. Sebab itulah penulis merasakan bahawa mutu bola sepak negara tidak akan 'kemana' selagi tampok kepimpinan tertinggi FAM terdiri daripada mereka yang tidak bijak dan kurang berwibawa.

No comments:

Powered By Blogger