Berbagai tafsiran, berbagai perkhabaran dan berbagai andaian telah samada dicanang atau pun tidak maka terjawablah sudah teka-teki siapakah Perdana Menteri Malaysia Ke-6. Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Sri Najib yang secara rasminya melengkapkan teori RAHMAN yang pernah menjadi bualan dan tilikan masyarakat kita satu masa dulu. Nampaknya tilikan itu samada secara kebetulan atau pun tidak telah menjadi kenyataan.
Selepas sahaja Pak Lah menyatakan hasrat untuk mengundur diri pada penghujung tahu lalu, rata-rata rakyat Malaysia berada dalam suasana teka-teki dimana pelbagai telahan dan andaian dibuat akhibat daripada tsunami politik yang melanda. Tidak terhenti sekadar di situ, negara dikejutkan dengan berita mengenai penghijrahan beramai-ramai Ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat namun itu semua tidak pernah menjadi kenyataan.
Kepada Dato' Seri Najib, penulis berharap beliau akan dapat menjalankan tugas sebagai orang nombor 1 Malaysia dengan cemerlang untuk membawa negara kita ke mercu yang lebih hebat. Tidak kira walau dengan apa cara sekalipun penerapan nilai-nilai Islam perlulah diutamakan melebihi segala-galanya. Kita tidak mahu lagi melihat perbalahan dan percakaran sesama kita akan terus-menerus mewujudkan jurang perbedaan yang lebih jauh lagi bukan sahaja dari segi politik, ekonomi dan sebagainya. Wujudkanlah satu misi dan visi yang lebih realistik bagi mengukuhkan lagi kedaulatan negara kita ke arah mencapai kegemilangan yang paling terbilang di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment