Memang benar guru umpama lilin
Memang benar guru membakar diri
Memang benar guru menerangi kegelapan
Demi menabur ilmu kepada manusia sejagat
Tanpa guru tiadalah seorang doktor
Tanpa guru manusia kabur
Tanpa guru dunia gelita
Tanpa guru bumi kan menangis
Pengorbanan guru melangkaui norma
Kesabaran guru mewarnai Iman dan Taqwa
Segala dugaan ditelan dengan pahit
Segala duka diselindung jauh dilubuk kalbu
Maka guru akan menangis
Menangis bukan kerana amarah
Menangis hanyalah kerana kejayaan
Kejayaan guru tatkala manusia benar-benar menjadi seorang manusia
Itulah kejayaan seorang guru
Penawar segala kesusahan
Penawar segala pengorbanan
Bukan kejayaan melambak harta, kuasa dan wang ringgit
Ingatlah wahai bangsa
Berdoalah untuk guru mu
Semoga guru dilimpahi nikmat yang Maha Esa
Dengan ucapan penuh tulus, kudus dan ikhlas
Tiada kata selain 'GURU, DIKAULAH MANUSIA TERHEBAT!'
*Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga manusia yang bergelar guru*
1 comment:
wow!!
pandai karang puisi rupenya pakcik nih...hehehe
Post a Comment