Kalut, serabut, mengarut! Itulah senario 'badut-badut' politik di Perak yang tak sudah-sudah 'bersarkas' di hadapan khalayak masyarakat. Sampai muak dibuatnya kemelut politik yang sangat membingungkan segenap lapisan masyarakat. Bermula dengan aksi 3 badut 'sial' yang mengisytiharkan diri menjadi wakil rakyat bebas maka tercetuslah episod rampasan kuasa 'haram' oleh 'geng-geng' yang berlagak seolah-olah dunia ini mereka yang punya.
Sebelah pihak lagi tidak henti-henti dengan ego politik yang semakin lama semakin menebal sehingga mereka tidak sedar yang pihak mereka sering-kali menempuh pilihanraya kecil bukan kerana kematian wakil rakyat tetapi kerana perletakan jawatan oleh wakil-wakil rakyat 'bangsat' yang dipilih oleh pemimpin tertinggi kononnya. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan oleh penulis bahawa politik di negara kita sekarang ibarat 'badut-badut' yang tidak habis-habis bersarkas yang langsung tidak mengira tempat untuk menunjukkan aksi sarkas 'keparat' mereka.
Maka yang jadi bingungnya adalah rakyat. Rakyat hampir 'gila' kerana disajikan dengan babak-babak 'bodoh' pemimpin mereka. Akhirnya Toyota Camry yang tidak bersalah pun turut menjadi mangsa kebodohan akal pemimpin yang kononya diperkenan oleh Yang Mulia Tuanku Sultan. Sultan yang berdaulat pun seolah-olah dipermainkan seperti 'anak patung'. Inilah bangsa kita sekarang! Meletakkan politik melebihi segala-galanya!
Mahkamah pula dah jadi macam 'lubang jamban'. Lepas 'melabur', kita 'flush' dan lepas tu melabur lagi. Lagi lah kalut kita memikirkannya. Lebih baik campakkan saja hakim-hakim, peguam-peguam, pendakwa-pendakwa ke dalam tangki najis yang mereka cipta sendiri. Penulis berdoa semoga mereka yang tidak berlaku adil dicampakkan ke dalam neraka yang paling sadis!
Apa lagi yang kita harapkan? Apa nak susah? Bubarkan saja DUN di Perak biar rakyat yang menentukan sekali lagi siapa yang akan mereka pilih untuk memimpin negeri mereka. Itu pun kalau rakyat di Negeri Perak tidak jemu untuk keluar mengundi. Sama-samalah kita menunggu samada akan berlaku episod baru ceritera 'badut sarkas'.
1 comment:
memang...memang bosan bila tgk gelagat politik skang nih,yg diatas sibuk nk kejar pangkat,yg dibawah ni apa yg dpt??balik2 bergaduh sesama bangsa sendiri sbb berbeza fahaman politik.
Memang betul la ko ckp melayu gila politik,gila kuasa...memang gila!!
Post a Comment