Tahun lepas penulis hanya mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan di atas kejayaan mereka menggenggam segulung ijazah. Pada tahun ini iaitu 12/08/09 penulis merakamkan tahniah kepada diri sendiri kerana AKHIRNYA dapat juga merasakan kebanggaan berada di atas pentas dan menerima kurniaan ijazah. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang lain, penulis sekali lagi ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada mereka kerana sama-sama berjaya mengharungi badai pembelajaran semasa di universiti sehingga berjaya memperoleh segulung ijazah yang sangat berharga. Berharga bukan kerana pengiktirafan ijazah tersebut tetapi lebih berjaya sekiranya ilmu-ilmu yang telah dipelajari dimanfaatkan untuk menjadi seorang yang benar-benar bergelar manusia.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan ayah, pensyarah, sahabat-sahabat, kawan-kawan dan juga kenalan-kenalan yang telah banyak memberi tunjuk-ajar dan kerjasama samada secara langsung atau pun tidak sepanjang perjalanan penulis bergelar mahasiswa beberapa tahun yang lalu. Semoga dengan kurniaan ijazah ini akan dapat meningkatkan tahap intelektual, semangat serta mengukuhkan jati diri penulis menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment