Dreamstime

Royalty Free Images

Sunday, 9 August 2009

PERHIMPUNAN HARAM VS PUSAT MAKSIAT BUKIT BINTANG

















Lagi-lagi demonstrasi! Perhimpunan anti ISA baru-baru ini telah sekali lagi menggemparkan negara. Di dada-dada akhbar dan juga saluran media berita tidak habis-habis mengutuk keras perhimpunan tersebut. Penulis juga sebenarnya tidak menyokong perhimpunan tersebut kerana pelbagai provokasi mungkin akan berlaku sehingga boleh mencetuskan perasaan kurang senang terhadap banyak pihak. Namun jauh di sudut hati, penulis merasakan perhimpunan tersebut bukanlah ancaman besar kepada negara sekiranya pihak berkuasa meluluskan permit serta hanya memantau dan bukannya menyembur gas pemedih mata atau menghentak belantan dan sebagainya.

Penulis sengaja mengaitkan antara perhimpunan tersebut dengan Pusat Maksiat di Bukit Bintang semata-mata ingin membuka mata semua pihak bahawa 'Segi Tiga Syaitan' di Bukit Bintang lebih mengancam negara! Manakan tidak, anak-anak muda khususnya golongan melayu menjadikan tempat hiburan di sekitar Bukit Bintang sebagai tempat untuk bersosial bermula daripada aktiviti 'minum-minum' sehinggalah kepada aktiviti 'joget-joget', 'peluk-peluk' dan seterusnya entah apa-apa lagi.

Mengapa pihak berkuasa atau pihak jabatan agama seolah-olah 'membutakan mata' sahaja. Penulis amat yakin semua pihak telah mengetahui bahawa Bukit Bintang merupakan lokasi yang penuh dengan 'Gejala Maksiat Keparat' bermula daripada golongan rakyat biasa sehinggalah kepada mereka yang bergelak 'datuk-datuk'. Inilah sebenarnya yang masyarakat perlu takut kerana keruntuhan moral di kalangan masyarakat kita berada pada tahap yang sangat kritikal dan membimbangkan. Ayuhlah trak-trak FRU! Semburlah gas pemedih mata dan hentaklah belantan di tempat yang bernama Bukit Bintang!

Sampai bila lagi kita mahu melihat pelacuran, zina, maksiat, buang bayi, dadah dan bayak lagi terus bermaharajalela di bumi yang kononnya sebuah 'Negara Islam' yang paling disegani???

No comments:

Powered By Blogger