Dreamstime

Royalty Free Images

Thursday, 30 July 2009

POLITIK DAN SELSEMA BABI (H1N1)

Malaysia mencatatkan kes kematian keempat akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) dengan mangsa terbaru seorang perempuan dari Melaka berusia 20 tahun. Sehubungan itu, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran angka kematian akibat H1N1 di negara ini mungkin meningkat pada kadar yang membimbangkan sekiranya usaha berjaga-jaga tidak diambil oleh semua pihak (Utusan Malaysia 30/7/09).

Mungkin ada sesetengah pembaca akan bertanya apakah kaitan tajuk yang ditulis oleh penulis mengenai politik dan H1N1. Memang penulis secara sengaja ingin mengaitkan kedua-duanya berdasarkan pro dan kontra yang sebenarnya kita tidak sedari atau kita hanya memekakkan telinga serta membutakan mata kita sendiri. Apa tidaknya, di ketika dunia sedang dalam 'keserabutan' bermusuh dengan H1N1, orang-orang politik di negara kita pula berserabut dan bermusuh demi menegakkan pentas kepartian mereka masing-masing. Walhal kita semua tahu bahawa wabak H1N1 semakin menular serta meresahkan semua masyarakat dunia yang bergelar manusia.

Dek kerana fahaman politik yang berbeza ini, seolah-olah tidak ada perkara lain lagi yang harus difikirkan sehingga demonstrasi juga akhirnya jalan yang dipilih. Bodoh dan sombongnya tindakan mereka ini. Tidak bolehkah sekiranya mereka buangkan seketika fahaman politik 'batu' mereka untuk sama-sama kita bermunajat supaya Allah menjauhkan bala dan petaka ini? Di negara Malaysia yang tercinta ini, isu politik dan selsema babi sama panasnya. Orang politik asyik bertelagah untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat sementara doktor-doktor di hospital semakin lincah beraksi untuk menyelamatkan nyawa masyarakat. Lebih baik orang politik sahaja yang terkena selsema babi supaya mereka sedar bahawa selsema babi lebih penting daripada isu politik bodoh mereka.

Penulis tidak berniat untuk beremosi tetapi jiwa penulis sangat tersentuh apabila merenung nasib anak bangsa kita yang terdiri daripada cerdik-pandai yang tidak habis-habis bercakaran mengenai fahaman politik masing-masing. Dalam masa yang sama pula anak bangsa kita yang lain sedang berperang melawan H1N1. Akhirnya setakat hari ini, empat kematian dilaporkan. Sekiranya kita masih lagi tidak menyedari betapa bahayanya wabak H1N1 maka kita sebenarnya lebih layak digelar makhluk yang lebih hina daripada seekor 'babi'.

No comments:

Powered By Blogger