Ungkapan sayang kadang-kala boleh membawa padah. Pengertian sebenar ungkapan sayang bukanlah hanya melalui ucapan di bibir sahaja bahkan ianya perlu diterjemah juga melaui kata hati. Zaman semakin canggih tetapi manusia masih dibuai mabuk kasih dan akhirnya timbullah perasaan sayang, cinta, rindu dan kejadah-kejadah yang lain lagi. Persoalannya benarkah manusia boleh menjadi bodoh kerana terlalu sayang?
Tuhan ciptakan manusia dengan cukup sempurna. Bukan hanya roh dan jasad sahaja bahkan tuhan juga ciptakan naluri atau keinginan dalam diri kita termasuklah juga naluri kasih sayang dan menyayangi. Setiap manusia memerlukan kasih sayang dan juga memberikan kasih sayang kepada orang lain. Dalam erti kata lain, naluri berkasih sayang ini merupakan satu naluri yang cukup istimewa. Kenapa pula ianya istimewa dan bagaimanakah sesuatu yang istimewa itu boleh menyebabkan manusia menjadi terlalu bodoh? Penulis akan cuba merungkaikan persoalan tersebut sebagai tatapan pembaca sekalian.
Kisah 1 (Istimewanya Sayang)
Sepasang kekasih yang saling menyayangi sanggup mengorbankan apa sahaja demi untuk buah hati yang sangat disayangi. Mereka sanggup hidup bersama walau ketika susah mahu pun senang. Mereka juga berjanji untuk sehidup semati walau pun pada dasarnya hidup dan mati itu tuhan yang tentukan tetapi itulah istimewanya SAYANG!
Kisah 2 (Istimewanya Sayang)
Bila hati sudah sayang kita sedikit pun tak boleh lupa rupa, mata, hidung telinga, gaya berjalan dan macam-macam tentang si dia. Tak dapat tengok si dia, dapat tengok apa-apa yang berkaitan dengan si dia pun jadilah. Zaman sekarang dah canggih, sms 24 jam tanpa henti pun takpa. Soalan selalunya sama sahaja. Awak dah makan? Awak tengah buat apa? Bla...bla...bla.. Duit habis berapa banyak pun takpa. Itulah istimewanya SAYANG!
Akhirnya kerana terlalu SAYANG maka dengan sekelip mata manusia bertukar menjadi terlalu BODOH! Kenapa?
Kisah 1 (Manusia Jadi Bodoh Sebab Sayang)
Setelah lama bercinta mereka mula menunjukkan kemesraan yang sangat akrab sehinggakan nak pegang, nak sentuh, nak buat apa pun takpa. Si jantan mula tunjukkan kejantanan manakala si betina pula menolak-nolak ayam. Akhirnya si jantan senyum puas manakala si betina menangis barai! selepas pada tu si jantan terus-menerus menabur dialog manis sehingga si betina cair acap kali. Si Jantan tipu seratus kali cuma perlu pujuk sekali sahaja untuk melonglaikan semula si betina. I'm sorry lain kali I tak buat lagi.. I lakukan itu semua untuk U...kata si jantan. JIKA KITA BENAR-BENAR SAYANG, APAKAH SENANG-SENANG KITA ROSAKKAN? Anda nilailah sendiri dalam kisah ni siapa yang bodoh..
Kisah 2 (Manusia Jadi Bodoh Sebab Sayang)
Oleh kerana terlalu sayangkan si betina ni si jantan sanggup berbuat apa sahaja walau pun si jantan ni tahu bahawa si betina dah ada orang lain. Si betina ni pula tidak pernah menolak dan seolah-olah memberi harapan yang sangat tinggi kepada si jantan ni. Hari berganti hari si jantan semakin selesa dan bertekad untuk terus setia. Teringat penulis dengan lirik lagu 'aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis'. Si jantan yang nampak seakan gagah perkasa boleh menangis kerana si betina. Hati si jantan semakin hari semakin tidak tenteram kerana bermacam cerita yang didengar mengenai si betina ini. Semua cerita itu diterbalikkan daripada yang negatif kepada positif. Orang kata kalau kita sayang seseorang itu sesusah mana pun untuk berjumpa, bercakap dan macam-macam lagi kita akan tetap cuba juga. Istilah cinta bertepuk sebelah tangan tu biasalah. Tetapi tidak pernah lagi penulis dengar ada orang kata cinta yang terpaksa diangkat tangan dan tepuk sendiri. Tetapi apakan daya... Akhirnya barulah si jantan ni sedar bahawa dia telah menjadi seorang yang terlalu bodoh disebabkan perasaan terlalu sayang kepada si betina tadi. Si betina cuma jadikan si jantan tadi sebagai tempat persinggahan sementara sahaja bila mana si betina tadi kononnya berkonflik dengan si jantung hati sebenarnya. Menangislah lagi si jantan tadi...
Kesimpulan
Penulis menulis artikel ini bukanlah semata-mata untuk mengenakan sesiapa tetapi lebih kepada teladan berguna untuk diri-sendiri dan juga orang lain. Memang benar kita perlukan rasa sayang tetapi biarlah berpada-pada. Janganlah kerana terlalu SAYANG kita menjadi bodoh dan bertindak seperti manusia yang tidak berakal. Cinta dan sayang kepada seseorang bukanlah perlu dikorbankan maruah diri dan sebagainya. Hati dan perasaan tidak sesekali boleh dipaksa. Ada manusia yang benar-benar setia manakala ada yang sebaliknya. Ada manusia yang susah menemui cinta dan sayang manakala ada yang sebaliknya. Ada manusia yang susah untuk lupakan sayang manakala ada manusia yang senang-senang mempermainkan perkataan sayang. Walau apa pun, kita janganlah terjebak dengan KEBODOHAN SAYANG. Sayang itu sangat istimewa jika kita benar-benar menghayatinya. Akhir kata tanamkan dalam diri kita untuk terus bersemangat dalam hidup walaupun kita pernah kecewa dalam memperoleh sebuah istilah yang bernama CINTA & SAYANG.
No comments:
Post a Comment