Manusia berteriak Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Semangat membara seketika
Sepuluh minit berlalu manusia mula menggila
Awal pagi semakin bingit
Jantan rempit mula menunjukkan belang
Betina rempit gairah menonggeng
Sampah masyarakat mula bersepah
Jam melewati 3.00 pagi 31 Ogos 2009
Kelibat durjana mula bermaharajalela
Kelab maksiat disembah bagai tuhan
Gadis-gadis keparat merelakan diri diratah
Manusia bangsat semakin menyetan!
Bumi menunduk malu
Negara merdeka, manusia jadi celaka!
Negara merdeka, manusia jadi sial!
Tatkala Subuh hampir memanggil
Aksi galak manusia bangsat durjana mula surut, longlai dan lesu
Terserlah wajah kepuasan merdeka
Merdeka ciptaan serakah mereka
52 tahun telah merdeka
Akal manusia masih lagi buta
Jiwa manusia terus sesat
Hati manusia terus berkarat
Akhirnya lahirlah generasi manusia keparat
Merdeka hanya pada nama
Merdeka hanya pekikan lantang
Sedang hati membusuk kerna cambahan benih sebuah kemerdekaan palsu.
No comments:
Post a Comment