
Apa pun, penulis tidaklah ingin mengulas lanjut mengenai pemecatan keanggotaan Chua daripada Parti MCA. Sedari awal lagi setelah terbongkarnya video seks Chua Soi Lek masyarakat sepatutnya melihat isu moral ini sesuatu yang amat jijik sekali memandangkan pelakunya adalah seorang pemimpin yang dipilih bukan sahaja oleh ahli MCA itu sendiri bahkan beliau juga dipilih oleh rakyat secara keseluruhannya. Tetapi alangkah 'dungunya' sebahagian daripada kita pada masa itu yang menganggap Chua merupakan seorang hero yang sanggup mengaku kesilapan yang telah dilakukannya sendiri walaupun kesahihan mengenai video tersebut masih belum diteliti.
Pada pendapat penulis, masyarakat perlu menolak secara total manusia seperti ini menjadi seorang pemimpin kerana secara terang-terangan kesalahan yang beliau lakukan itu menjatuhkan maruah agama, bangsa dan negara. Tetapi alangkah malangnya beliau telah dengan padunya disokong dan diangkat menjadi orang no-2 dalam MCA dalam pemilihan pimpinan MCA yang lalu. Persoalannya mungkinkah pemilihan beliau itu didokongi oleh mereka-mereka yang juga sama jenis dengan beliau?
Pimpinan MCA dan juga ahli-ahlinya tidak perlulah terlalu 'ribut dan kalut' dengan penyingkiran Chua kerana penyingkiran tersebut adalah sangat tepat serta amat wajar sekali dan sepatutnya diputuskan sejak dulu lagi. Pemimpin seperti itu sebenarnya tidak layak diberi tempat, sanjungan dan penghormatan lagi. Mungkin juga oleh kerana kekalutan yang melanda MCA membuatkan Chua Jui Meng awal-awal lagi mengangkat kaki untuk menyertai PKR. Jika benar MCA masih mahu menjadi parti komponen BN yang terus mendapat sokongan rakyat maka mereka sepatutnya membersihkan dulu maruah yang telah diperkosa oleh seorang pemimpin yang bernama Chua Soi Lek.
No comments:
Post a Comment