Bahang laungan gema 1 Malaysia di Stadium Negeri Perak baru-baru ini dilihat sebagai tapak permulaan era slogan ciptaan Dato' Seri Najib. Di atas kapasiti apa Perak dipilih menjadi destinasi pertama 'Road Show' 1 Malaysia tidak pula penulis ketahui tetapi yang pastinya mungkin terselindung sedikit 'sindiran politik'. Kita pernah digemparkan dengan pertukaran kerajaan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional. Soal bagaimana pengambilalihan kuasa di negeri tersebut tidak perlulah penulis ulas kerana kekalutan yang berlaku di negeri itu jelas memperlihatkan betapa busuknya perjalanan politik di Malaysia secara keseluruhannya.
Walau apa pun, kita sebagai masyarakat Malaysia yang cintakan keadilan, keamanan dan kemakmuran perlu sentiasa berada di landasan pemikiran yang sangat rasional supaya kekalutan arena politik di negara ini dapat dibersihkan dan dipulihkan semula. Semenjak di bangku lagi kita telah didedahkan dengan slogan-slogan tertentu yang semestinya mempuyai pengukuhan, falsafah dan juga matlamat samada matlamat tersebut merupakan matlamat yang bersifat peribadi sehinggalah kepada matlamat yang menjurus ke arah penyatuan, perpaduan dan sebagainya.
Di era Pak Lah menjadi PM, rakyat Malysia tidak habis-habis didodoikan dengan slogan 'Islam Hadhari' sehinggakan slogan tersebut menjadi 'isu panas' yang sering dibebelkan oleh segenap lapisan masyarakat. Persoalannya kemanakah hala tuju sebenar Islam Hadhari? Melalui pengamatan peribadi penulis, penulis dapati perjuangan Islam Hadhari hanyalah bagi meraih sokongan politik orang-orang Melayu yang beragama Islam sahaja sedangkan pengisian Islam Hadhari itu sendiri dilihat sangat bercelaru dan tidak jelas. Para Ulama dan mufti yang sepatutnya memainkan peranan utama dalam meluaskan empayar Islam Hadhari tidak dapat mengeluarkan pendapat secara bersama. Ini mungkin disebabkan oleh tekanan atau mungkin disebabkan ilmu yang ada pada mereka setakat 'suam-suam kuku sahaja'.
Mungkin ada benarnya telahan masyarakat yang merumuskan bahawa Islam Hadhari hanyalah satu slogan politik demi untuk untuk meraih publisiti semata-mata manakala 'tarikh tamat' slogan tersebut akan berakhir selepas kemunculan PM yang baru. Jika diteliti ternyata telahan itu menjadi kenyataan selepas kemunculan slogan 1 Malaysia yang seoalah-olah mematikan terus talian hayat Islam Hadhari. Samada Islam Hadhari masih lagi 'bernafas' atau kini berada dalam situasi 'nyawa-nyawa ikan' sama-samalah kita saksikan dalam episod drama politik negara yang apa sahaja boleh berlaku dan serba-serbi penuh dengan ceritera mengejut.
Tanpa kita sedari, kita sebenarnya dikelilingi dengan pelbagai slogan kononnya demi sesuatu matlamat yang hendak dicapai. Slogan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato'Seri Najib diharap tidak akan menerima nasib yang sama seperti slogan Islam Hadhari. Apa yang menjadi agenda utama adalah pelaksanaan ke arah merealisasikan matlamat 1 Malaysia itu sendiri iaitu mewujudkan penyatuan dan perpaduan bangsa di negara kita. Alangkah malangnya apabila kesudahannya nanti slogan tersebut hanya bermusim yang akhirnya menjadi laungan lantang dibibir sahaja tanpa ada usaha ke arah pelaksaannya. Jika keadaan itu berlaku maka selepas ini kita sekali boleh mengucapkan selamat tinggal 1 Malaysia selepas kita ucapkan selamat tinggal kepada Islam Hadhari...

No comments:
Post a Comment