Dreamstime

Royalty Free Images

Thursday, 3 December 2009

POLITIK DI MALAYSIA MAKIN CELAKA!

Beberapa kenalan lama penulis menghantar pesanan SMS bertanyakan kenapa penulis telah lama tidak menulis artikel berkaitan politik di Malaysia. Penulis terdiam seketika memikirkan apakah jawapan yang paling sesuai lalu penulis mengatakan bahawa politik di Malysia sudah jadi politik celaka. Secara spontan penulis terdetik untuk menjadikan jawapan bersahaja itu sebagai tajuk artikel dalam penulisan kali ini.

Apa tidaknya, seluruh rakyat menjadi pening dan hampir gila dek kerana caca marbanya dunia politik kita. Terbaru, para pemimpin DAP dilaporkan memijak gambar bekas ADUN pakatan di Negeri Perak yang berpaling tadah, mengisyihar diri mereka bebas dan menyokong Barisan Nasional. Bagi penulis tindakan DAP itu ada asasnya tatapi tindakan tersebut bukanlah tindakan yang bijak kerana ianya mungkin dieksploitasi oleh pihak lain yang akhirnya kebencian akan mula timbul dikalangan rakyat yang menganggap tindakan sedemikin merupakan tindakan melampau.

Penulis sedari awal-awal lagi sudah malas memberi komen terhadap pelbagai senario yang berlaku dalam politik negara sehingga hari ini. Bagi penulis, politik di Malaysia kini sudah menjadi ceritera politik celaka yang boleh merosakkan fikiran masyarakat kita. Atas alasan apa penulis mengatakan begitu hanya penulis sahaja yang tahu berdasarkan terlalu banyak kecelaruan yang sangat mengelirukan. Penulis merayu kepada masyarakat Malaysia agar kita semua jangan lagi bersekongkol dengan politik celaka ini untuk mengelakkan diri kita diperbodohkan oleh lakonan puak-puak 'bijak tapi bodoh' dalam politik ini. Ini kerana, sekiranya kita bertindak memboikot kekusutan yang timbul ini bakal menyedarkan orang-orang politik bahawa rakyat merupakan kuasa terbesar dalam negara kita dan bukannya UMNO, PAS, DAP, PKR, MCA, MIC dan lain-lain parti sampah!

No comments:

Powered By Blogger