Dreamstime

Royalty Free Images

Thursday, 17 December 2009

BODOH PUNYA HUKUMAN!

Marah! Tak puas hati! Bodoh! Itulah luahan hati penulis selepas membaca akhbar Harian Metro Online (Khamis 17/12/09) di bawah tajuk 'Kematian ibu hamil terbalas'. Kes ragut yang menyebabkan kematian hanya dihukum dengan hukuman penjara selama 15 tahun dan 10 sebatan sahaja? Alangkah bangangnya hukuman seperti itu! Kenapa tidak dihukum gantung sampai mati sahaja? 'Peragut-perabut jahanam' tidak akan merasa gentar dengan hukuman seperti itu dan akan terus menjahanamkan mangsa-mangsa mereka selepas ini.

Kadang-kadang penulis hairan sekian ramai cerdik-pandai pengamal undang-undang di negara kita bolehlah diibaratkan hanya bijak berkata-kata di kandang mahkamah sahaja tetapi bodoh dalam etika kemanusiaan. Kenapa? Seorang peragut yang meragut sehingga menyebabkan kematian tidak bolehkah didakwa di atas tuduhan membunuh sekali gus? Kes-kes ragut yang semakin berleluasa tidak sedikit pun menggentarkan benak peragut sekiranya undang-undang kolot ini tidak digubal dan diperhalusi semula.

No comments:

Powered By Blogger