Dreamstime

Royalty Free Images

Wednesday 2 June 2010

BIASALAH JANJI MELAYU...

Penulis tergerak hati untuk menulis mengenai perihal 'orang-orang besar' dalam masyarakat kita khususnya orang melayu yang sering kali culas untuk tepati masa dalam setiap majlis atau program yang diadakan. Sememamgnya kita faham bahawa mereka sibuk atau 'buat-buat sibuk' dengan kerja dan tugasan harian mereka tetapi tidak bolehlah dijadikan alasan oleh mereka untuk terus tidak tepati masa. Bukankah pemimpin yang baik perlu melakukan perancangan yang rapi mengenai pengurusan harian mereka untuk menjadi seorang pemimpin atau ketua yang berdedikasi? Jika ketua tidak menunjukkan contoh yang baik kepada orang bawahan/pekerja mereka mana mungkin orang bawahan akan menjadikan ketua mereka itu sebagai ikutan atau idola seterusnya menghormati mereka.

Pernah beberapa kali penulis menghadiri majlis yang dihadiri oleh 'orang-orang besar' yang mana setiap kali aturcara majlis bermula pada pukul 9 misalnya, pasti perasminya atau orang yang bergelar VVIP akan tiba setengah jam selepas itu dan ada juga sehingga 2 jam sedangkan pada masa yang sama, orang ramai telah lama menunggu. Tidak apalah sekiranya majlis tersebut berlangsung di dalam dewan yang berhawa dingin tetapi adakalanya majlis/program berlangsung di tengah-tengah padang dengan cuaca yang panas terik. Ini sudah tentu membuatkan hadirin/orang ramai merasa tidak selesa berikutan terpaksa menunggu terlalu lama semata-mata kerana VVIP lambat tiba. Agak menghairankan kerana VVIP selalunya akan diiringi oleh polis bermotor setiap kali melalui jalan raya dan tidak mungkin sama sekali mereka terlibat dalam kesesakan jalan raya.

Bagi penulis, 'orang-orang besar' atau ketua yang tidak menepati masa adalah golongan yang tidak pandai menguruskan jadual kehidupan harian mereka serta tidak layak bergelar pemimpin/ketua. Sekalipun mereka terlalu sibuk, itu adalah resam hidup sebagai pemimpin dan tidak boleh dijadikan alasan. Jika pemimipin sebegini terus wujud khususnya dalam masyarakat melayu, maka tidak perlulah kita hairan apabila orang aka terus berkata 'biasalah janji melayu'...

No comments:

Powered By Blogger