Dreamstime

Royalty Free Images

Sunday 25 July 2010

APABILA GADIS MELAYU DAH JADI CELAKA!

Bodoh! Baghal! Sial!... kata lah apa sahaja! Kutuklah nak kutuk apa! Masuk telinga kanan keluar ikut lubang najis!... Tak payah tanya kenapa aku marah! Ramai yang marah! Benci! Meluat!Semua makhluk yang ada di bumi Malaysia dah sedar, dah tahu betapa parahnya kes buang bayi. Yang sedihnya paling ramai anak-anak MELAYU terlibat. Buang sana, buang sini. Dalam tong sampah, dalam longkang, dalam lubang najis, habis semua bersepah!

Kenapa nak ditekankan sangat Pendidikan Seks di sekolah? Tidakkah lebih relevan, lebih molek kita perjuangkan Pendidikan Agama dengan lebih jitu dan serius? Generasi sekarang dah terlalu mahir tentang seks. Mereka boleh belajar dengan hanya memetik jari di komputer. Apa yang nak diajar tentang Pendidikan Seks? Nak ajar cara melakukan seks yang selamat? Nak ajar pakai kondom? Nak ajar supaya tak mengandung? Bodohlah kalau itu matlamat kita. Akhirnya seks terus bermaharajalela dalam masyarakat kita.

Dalam Islam dah lama diajar tentang seks. Kaedah yang diajar cukup kondusif dan syumul kerana dikaitkan antara dosa dan pahala, dikaitkan antara halal dan haram, dikaitkan dengan hdiup dan mati, dikaitkan dengan syurga dan neraka. Apa lagi yang kita nak? Tak cukupkah dengan Ajaran Islam yang kita junjung? Yang sangat pasti, sistem pendidikan di negara kita boleh dikatakan hampir menidakkan peranan subjek Pendidikan Islam.

Saban hari kita boleh mendengar dan melihat melalui arus media massa tentang kebobrokan yang semakin membarah mengenai keparahan gejala sosial remaja. Paling membimbangkan, anak gadis kini telah dengan berani menyerahkan mahkota mereka kepada 'jantan sial' untuk diratah dan ditaburkan benih yang boleh memboyotkan perut mereka. Sudahnya, berteraburlah bayi buangan hinggakan tiada langsung rasa keinsafan dalam diri mereka.

Salah siapa? Salah kita semua kerana membiarkan tempat-tempat maksiat terus berleluasa! Salah kita kerana membiarkan 'hiburan sial' (Akedemi Fantasia, Mentor, OIM dan lain-lain) sebagai halwa mata dan jiwa kita! Salah kita kerana membiarkan anak-anak kita bergelumang dengan dosa! Salah kita kerana kita hanya memikirkan wang adalah segala-galanya! Salah kita kerana kita lebih pentingkan ilmu yang berkaitan dunia tanpa memikirkan ilmu berkaitan akhirat! Salah kita kerana meletakkan kancah politik sebagai agenda utama! Salah kita kerana saban hari kita bertelagah berebut kuasa! Salah kita kerana pentingkan diri!

Akhirnya, anak gadis kita rosak binasa. Akhirnya Melayu jadi 'layu'. Semua jadi kayu! Semua jadi dungu!

1 comment:

Lily said...

salam...saya amat sedih sekali dgn kes2 pembuangan bayi yang makin berleluasa dalam masyarakat kita hari ini...setelah saya menjadi ibu...sy tahu perasaan yg luar biasa hebat terhadap anak yg sy kandungkan selama 9 bulan...Alangkah sadisnya kejadian2 pembuangan bayi ni...Kepada gadis di luar sana...gunalah akal fikiran yg sihat...yg Allah kurniakan sebaik2nya sebelum membuat sesuatu perkara yg tekutuk ni...Subhanallah...

Powered By Blogger