Dreamstime

Royalty Free Images

Thursday 29 July 2010

APABILA GURU SERTAI POLITIK...

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Rentetan daripada perihal guru dibenarkan berpolitik, ianya sedikit mengganggu benak penulis. Manakan tidak, penulis pun merupakan seorang guru. Antara setuju dan tidak, ramai yang mempunyai persepsi tersendiri. Bagi penulis, mungkin ini merupakan salah satu strategi terancang untuk meredakan amarah rakyat berkaitan kenaikan harga minyak dan gula baru-baru ini sementalah juga dengan kejatuhan Foreign Direct Investment (FDI). Mungkin juga cadangan ini berpaksikan kepada agenda kerajaan untuk menarik sokongan penjawat awam khususnya guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah) bagi menghadapi pilihanraya akan datang. Walau apa pun, penulis mempunyai pandangan dan komen serta persoalan sendiri.

1) Kemerosotan prestasi guru
- Guru yang terlalu cenderong ke arah satu-satu parti politik sudah semestinya akan berusaha mencari pengaruh masyarakat luar sebagai batu loncatan untuk 'survival' politik mereka. Dalam masa yang sama, mereka terpaksa mengurangkan tugasan harian mereka di sekolah akhibat kesibukan hal-hal politik. Tidakkah ini akan memberi impak yang negatif bukan sahaja kepada guru itu sendiri bahkan boleh mengkhibatkan para pelajar terabai.

2) Guru bergelar YB
- Seorang guru dalam masa yang yang sama bergelar YB ditempat yang berlainan. Misalnya beliau bertugas sebagai guru di Kuala Lumpur dan menjadi YB di kawasan negeri kelahiranya di Sarawak. Tidakkah menyukarkan gerak kerja beliau dalam bidang berlainan? Jika guru tersebut menjadi guru serentak dengan menjadi YB di kawasan yang sama pula, bagaimana hubungan beliau dengan pengurusan yang lebih tinggi daripada mereka seperti timbalan pengetua dan pengetua? Tidakkah hal sedemikian boleh mewujudkan situasi perbezaan taraf kehormatan bagi kedua-dua pihak? Lebih memburukkan lagi keadaan, situasi tersebut boleh memberi kemungkinan berlakunya amalan 'mengampu' dan kronisme di kalangan penjawat awam.

3) Guru bukan proksi kerajaan
- Politik merupakan satu bidang yang semestinya akan mewujudkan idealime pelbagai. Kecenderongan ke arah satu-satu parti politik sepatutnya tidak menjadi masalah selagi mana sesebuah negara itu mengamalkan sistem demokrasi yang menyeluruh. Namun di negara kita, pengamalan sistem demokrasi dilihat masih lagi mempunyai unsur-unsur ketidaktelusan, ketidakadilan dan terpilih. Keadaan ini boleh menyekat kebebasan seseorang guru yang bukan proksi kerajaan untuk terus memperjuangkan ideologi mereka diperingkat yang lebih tinggi. Kerajaan seharusnya berlapang dada sekiranya terdapat guru yang tidak sehaluan dari segi ideologi politik kepartian.

Masyarakat perlu menjadi hakim bagi membuat penilaian sendiri apakah wajar guru dibenarkan berpolitik. Lontaran idea yang bernas daripada masyarakat banyak boleh memberi jawapan kepada persoalan itu tadi. Penulis sangat setuju dengan pandangan pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr. Abdul Aziz Bari yang menyatakan bahawa kakitangan awam sepatutnya fokus pada meningkatkan kualiti perkhidmatan awam masing-masing. Ini kerana, katanya, mereka secara prinsipnya dibayar gaji yang nyata hasil kutipan cukai daripada rakyat, bukannya parti-parti pemerintah mahupun opisisi. "Tak boleh satu kaki dalam politik, satu kaki lagi dalam perkhidmatan awam, kalau nak berpolitik, berhenti," ujarnya. Pun begitu, beliau tidak bermaksud menghalang kebebasan individu untuk berpartisipasi dengan mana-mana parti politik, dengan syarat berhenti dari menjadi kakitangan perkhidmatan awam. Tambahnya, realiti dunia politik sekarang pun sebenarnya tidak memerlukan partisipasi langsung guru-guru sebagaimana pada era selepas merdeka. Dari segi yang lain, katanya, mutu pengajaran di sekolah dijangka kian menurun ekoran guru-guru terbabit terbeban oleh tanggungjawab berpolitik di samping beban yang sedia ditanggung oleh mereka di luar waktu sekolah. "Sekarang ini pun sudah berlaku, perubahan kenaikan pangkat, isu PTP (kursus penilaian kenaikan pangkat), selepas ini mengampu dan macam-macam lagi mungkin berlaku,".

No comments:

Powered By Blogger