Dreamstime

Royalty Free Images

Monday 20 September 2010

SAINS SUKAN: BAGAIMANA MELECET BOLEH BERLAKU?


Melecet atau ‘blister’ adalah kecederaan yang sering berlaku dalam sukan. Kebanyakan atlet pernah mengalaminya samada ketika sesi latihan, pertandingan mahu pun kehidupan seharian.

Apakah sebenarnya melecet dan bagaimana luka melecet boleh berlaku?
Kebiasaannya,melecet terjadi disebabkan oleh geseran pada kulit Pembentukan gelembung kecil yang berisi cecair di permukaan kulit akan terhasil akhibat kekerapan geseran diantara pemakaian sukan seperti stokin/kasut dengan lapisan epidemis kulit. Sekiranya geseran terus berlaku, ianya mengakhibatkan gelembung itu pecah dan menghasilkan luka. Tanda-tanda awal melecet boleh dikenalpasti apabila kawasan panas atau ‘hot spot’ terbentuk pada kawasan tekanan geseran. Bagi atlet, melecet biasanya berlaku di pergelangan kaki samada di permukaan atas tumit (belakang kaki), di kawasan medial/literal tapak kaki dan di celah serta di atas jejari kaki.
Antara faktor utama penyebab berlakunya melecet adalah kerana pemakaian kelengkapan bersukan seperti stokin dan kasut yang tidak sesuai, terlalu ketat, kasut longgar (menyebabkan geseran). Bagi atlet yang malakukan latihan atau terlibat dalam pertandingan untuk jangka masa yang lama, keadaan cuaca panas boleh menyebabkan peluh yang banyak di bahagian kaki dan mengakhibatkan kasut atau stokin berada dalam keadaan basah/lembab. Ini boleh mewujudkan geseran secara tidak langsung. Sekiranya seseorang atlet itu menyedari simptom awal pembentukan ‘hot spot’ terhasil, mereka disarankan untuk mengambil langkah-langkah yang cepat untuk mengelak daripada berlakunya luka melecet.

Bagaimana Mengelak Daripada Melecet?
1. Pastikan kesesuaikan kasut mengikut saiz yang sesuai (elakkan terlalu ketat dan terlalu longgar). Perlu juga dipastikan kasut sentiasa kering sebelum digunakan dan jika perlu gunakan pelindung kasut seperti ‘spray’ dan sebagainya. Kasut yang basah boleh mengakhibatkan geseran yang lebih. Bagi mereka yang menyertai aktiviti mendaki, sangat penting untuk tidak mengeringkan kasut bersebelahan dengan unggun api kerana dikhuatiri akan menyebabkan kasut kulit umpamanya menjadi keras dan keadaan ini boleh mennyebabkan geseran yang kuat ketika kasut dipakai semula.

2. Kesesuaian pemakaian pelindung kaki/stokin. Elakkan memakai stokin yang terlalu nipis (disarankan atlet untuk menggunakan ‘moisture-wicking socks’ yang diperbuat daripada bahan sintetik kerana dapat mengurangkan geseran pada kaki). Sentiasa menukar penggunaan stokin dan tidak hanya menggunakan stokin yang sama untuk semua aktiviti.

3. Penggunaan pembalut yang dikhaskan boleh diaplikasikan dan dibalut pada bahagian-bahagian yang dirasakan berkemungkinan melecet sangat digalakkan sebelum memulakan aktiviti (penggunaan 'handyplast' kurang berkesan untuk aktiviti lasak dan jangka masa lama) . Atlet juga boleh menggunakan ‘petroleum jelly’ untuk tujuan mengurangkan geseran pada kaki ketika berjalan atau berlari.

Pencegahan dan Rawatan Awal Melecet.
Istilah ‘mencegah lebih baik daripada mengubati' amat sesuai bagi mereka yang ingin mengelak daripada luka melecet. Jika berlaku ‘hot spot’ di mana-mana kawasan, hentikan aktiviti seketika untuk melihat dan meneliti kawasan yang kemungkinan akan berlaku melecet. Gunakan 'tape' atau pembalut bagi menutup kawasan 'hot spot'. Pembentukan gelembung berisi cecair yang kecil boleh membesar sekiranya tekanan geseran terus berlaku. Rata-rata atlet akan mengalami ketidakselesaan jika gelembung itu pecah. Alat bantuan seperti pembalut boleh digunakan dibahagian kaki yang melecet sebelum gelembung pecah. Sekiranya gelembung telah pecah, luka dikawasan tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan air bersih, sabun dan cecair antiseptik (bagi mengelak jangkitan kuman). Jika gelembung terlalu besar dan berkemungkinan akan pecah, atlet disarankan untuk memecahkan gelembung tersebut dengan munggunakan jarum yang paling kecil. Tekan perlahan-lahan kawasan gelembung sehingga cecair keluar/kering kemudian bersihkan sama seperti saranan di atas. Balut dengan menggunakan ‘bandage’ supaya luka melecet tidak terdedah.

No comments:

Powered By Blogger