Sangat sadis dan menyedihkan setelah kita digemparkan dengan berita pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya. Misteri kehilangan Sosilawati dan 3 lelaki akhirnya dibongkarkan satu-persatu oleh suspek. Mereka bukan sahaja dibunuh malah lebih kejam lagi dibakar dan abu mayat mereka dikatakan dibuang di sungai berhampiran bertujuan melupuskan bukti pembunuhan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak polis serta pihak-pihak berkuasa lain yang telah berjaya menangkap beberapa orang suspek sebelum pendedahan mengenai pembunuhan itu didedahkan. Persoalannya, benarkah wujudnya unsur perkauman berkaitan pembunuhan tersebut?
Penelitian Kes
Kes berlaku ketika umat Islam masih lagi berpuasa manakala kehilangan semua mangsa lebih kurang 10 hari lagi untuk menyambut hari raya. Kesemua mangsa adalah berbangsa melayu manakala suspek-suspek pembunuhan kesemuanya berbangsa India. Motif pembunuhan adalah jelas iaitu berkaitan dengan kegiatan jual-beli tanah yang melibatkan jutaan ringgit. Kejadian berlaku di kawasan terpencil dan jauh daripada pengetahuan orang ramai. Menurut sumber yang diceritakan oleh suspek, mangsa dipercayai ditangkap, dipukul, dibunuh, dibakar setelah berlaku masalah dalam rundingan dan abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai. Mangsa terdiri daripada jutawan kosmetik itu sendiri, pemandu peribadi beliau, pegawai bank dan seorang peguam. Suspek utama kejadian ialah seorang peguam berbangsa India yang bergelar Datuk. Sumber terbaru mendapati gelaran Datuk yang diperolehi oleh peguam terbabit dipercayai telah dibeli dengan harga melebihi RM 180,000.
Kaitan Dengan Unsur Perkauman
Jika diteliti kronologi pembunuhan, jelas menunjukkan motif utama kejadian melibatkan rundingan jual-beli tanah dan jutaan wang. Kebetulan kejadian yang berlaku adalah antara kaum Melayu (mangsa) dan kaum India (suspek). Hasil siasatan awal polis mendapati kemungkinan suspek utama yang bergelar Datuk mempunyai kaitan dengan beberapa kes pembunuhan lain. Pendedahan seorang lagi mangsa (berbangsa India) yang telah diugut manakala isterinya dibunuh dengan kejam beberapa tahun dahulu dipercayai didalangi oleh suspek yang sama. Ini membuktikan bahawa jenayah yang dilakukan bukan bermotifkan perkauman.
Penulis ingin menyarankan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak terlalu emosional dengan mengaitkan peristiwa kejam itu sebagai agenda pembunuhan yang mampunyai unsur perkauman. Kita mengharapkan supaya pelaku jenayah terbabit akan dibicarakan secara adil di mahkamah dan sekiranya didapati bersalah, hukuman keatas mereka haruslah setimpal dengan perbuatan kejam mereka. Penulis juga sangat berharap agar proses perbicaran mengenai kes ini tidak tertangguh begitu lama. Mungkin kita boleh menandatangi memorendum khas secara bersama melibatkan seluruh rakyat Malaysia memohon supaya pelaksanaan hukuman mati keatas pesalah dilakukan didepan khalayak dan disiarkan secara langsung melalui televisyen bagi teladan kepada saki-baki penjenayah lain yang terus-menerus memporak-perandakan keamanan negara yang dikecapi selama ini.

2 comments:
xperlu nak kaitkan dengan isu perkauman, perkara ni jelas2 sebab isu jual beli tanah. Kalau isu perkauman, rasanya pembunuhan akan lebih dashyat dan dilakukan secara open
stuju!
Post a Comment