Dreamstime

Royalty Free Images

Wednesday 15 September 2010

HARI RAYA: MEDIA MEROSAKKAN MINDA MASYARAKAT ISLAM!


Beginilah keadaannya saban tahun. Setiap kali sambutan hari raya maka media khususnya stesen-stesen televisyen akan berlumba-lumba untuk menyiarkan program-program sempena hari raya. Pelbagai program samada tayangan filem, drama, salam aidilfitri sehinggalah kepada program-program konsert 'sial' yang jauh menyimpang dengan tuntutan agama. Konsert yang diistilah sebagai kononnya konsert raya jelas tidak melambangkan kehormatan kepada sensitiviti agama Islam itu sendiri. Apa yang menghairankan, dikala negara berdepan dengan krisis kemaksiatan melampau, stesen-stesen tv secara total menayangkan program-program yang sangat melalaikan. Pengertian hari raya bagi mereka mungkin untuk bergembira semata-mata.

Kenapa perlu diadakan konsert? Tidakkah konsert-konsert raya yang diadakan mewujudkan percampuran antara lelaki dan perempuan? Ini secara tidak langsung menambahkan lagi pergaulan bebas dan maksiat dikalangan masyarakat kita. Kita terlalu taksub untuk menunjukkan kemeriahan sambutan hari raya dengan mengadakan konsert-konsert 'bodoh' sedangkan bukan itu sebenarnya pengertian sambutan hari raya bagi orang Islam. Oleh kerana penayangan program-program 'lagha' sedemikian, ramai diantara masyarakat kita yang hanya beraya di hadapan tv.

Sampai bila kita hendak terus-menerus mengikut budaya barat yang 'keparat'? Secara tidak langsung kita bakal atau sudah pun melahirkan manusia yang mempunyai minda 'keparat'! Akhibat daripada ketamakan media untuk mengaut keuntungan, masyarakat kita yang jadi mangsa. Jika hari ini kita tidak berusaha menutup pintu-pintu yang boleh merosakkan minda masyarakat, maka jangan kita menyesal sekiranya pada masa akan datang akan lahir lebih ramai manusia-manusia sial yang bakal 'menjahanamkan' agama, nusa dan bangsa!

No comments:

Powered By Blogger