Dreamstime

Royalty Free Images

Thursday 11 November 2010

PKR PARTI SAMPAH?


Melampaukah PKR di label sebagai parti sampah? Jika dilihat pada zahirnya kronologi terbentuknya Parti PKR adalah rentetan peristiwa Anwar Ibrahim dipecat daripada menjadi orang nombor dua lebih 10 tahun yang lalu. Maka berlakulah perpecahan besar di kalangan orang melayu pada ketika itu. Kebangkitan pejuang 'Reformasi' lewat tahun 1998 telah mengubah landskap politik negara hampir keseluruhannya. Demonstrasi besar-besaran di jalanan memburukkan lagi keadaan yang memaksa pihak berkuasa menggunakan kekerasan untuk menghukum mereka yang terbabit. Tiada siapa boleh lupa suara lantang Ezam Mohd Nor, Azmin Ali, Tian Chua, Gobalakrishnan dan ramai lagi 'kepala-kepala' pejuang yang meneruskan agenda 'Reformasi' selepas Anwar Ibrahim dihumban ke dalam penjara setelah melalui proses perbicaraan 'sial'.

Namun zaman 'Reformasi' bolehlah dianggap telah berlalu dan yang juga meninggalkan kenangan pahit buat Barisan Nasional kerana tsunami politik 2008 hampir meranapkan parti yang telah sekian lama berkuasa itu. Lembaran baru PKR semakin kucar-kacir. Setelah 5 buah negeri berjaya dikuasai Pakatan Rakyat, media massa khususnya RTM dan TV3 diperalatkan oleh pihak tertentu tanpa rasa jemu menggunakan pendekatan serangan pelbagai versi keatas Pakatan Rakyat di setiap negeri yang dikuasai mereka. Hasilnya negeri Perak beralih tampok pemerintahannya kepada Barisan Nasional. Disinilah sebenarnya permulaan episod 'sampah' dalam parti PKR. PKR sedari awal lagi menerima keahlian daripada pelbagai lapisan masyarakat yang pada umumnya dilihat sangat baik. Sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dengan Parti Barisan Nasional akan diterima menjadi ahli PKR.

Pada hakikatnya ahli-ahli yang bergelar 'sampah' telah lama wujud namun tidak disedari. Roslan Kassim yang merupakan orang yang sangat lantang melaungkan 'Reformasi' pada suatu ketika dahulu telah bertindak 'menelanjangkan' dirinya sendiri bersama kumpulan yang digelar 12 budak hitam dengan mengisytiharkan keluar daripada PKR. Habuan apa yang diterima tak perlulah kita persoalkan. Ezam yang dulunya banyak kali bersumpah akan memperjuangkan 'Reformasi' bermatian-matian, tersungkur setelah maruahnya dengan mudah dibeli dengan ditabalkan sebagai senator. Zulkifli Nordin yang kononnya seorang yang 'Alim' apabila dengan nada lantang memperjuangkan isu Kalimah Allah bertindak keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Tidak terhenti disitu, beliau dengan lantang juga memaki hamun bekas ketua beliau sendiri. Inilah sebenarnya watak seorang 'Alim' tetapi pada hakikatnya hanyalah seorang yang 'Alim jamban'!

Terbaru, Zaid Ibrahim yang belum pun 100 hari menyertai PKR telah mula berani mengadakan sidang media bagi mendesak Anwar dan Azmin berundur daripda PKR. Penerimaan Zaid ke dalam PKR sebenarnya telah lama penulis sangsi. Nah! terbukti kesangsian penulis ada asasnya. Mustaffa Kamil Ayub perlu lebih bijak dengan tidak mengikut rentak Zaid. Peminum 'Air Setan' ini sepatutnya 'dinyahkan' sahaja dalam dunia politik tanah air. Bodohnya PKR apabila menerima Zaid dan ditambah pula dengan diberi kepercayaan yang sangat tinggi oleh Anwar sehingga meletakkan Zaid sebagai calon dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang lalu.

Persoalan utama adakah PKR adalah parti sampah? Memang ada asasnya berdasarkan beberapa 'sampah' yang telah penulis kemukakan dalam penulisan di atas. Banyak lagi sampah di dalam PKR yang hanya menunggu masa untuk menjelmakan diri dan menyertai segerombolan sampah-sampah sebelum ini. Apa yang penting, Pucuk pimpinan PKR harus sentiasa berwaspada dan tidak terikut-ikut dengan puak-puak sampah! Mengeluarkan kata-kata sampah! Janji-janji sampah! Dan yang paling penting jangan sesekali dengan mudah menerima kemasukan sampah kerana ianya akan menimbunkan timbunan sampah yang sedia ada.

Ralat:
Zulkifli Nordin bukan keluar daripada PKR seperti yang tertulis di atas tetapi telah dipecat keahliannya kerana membuat laporan polis ke atas Khalid Samad (PAS) dalam isu Kalimah Allah. Penulis memohon maaf kerana berlaku kesilapan maklumat yang tidak disengajakan.

2 comments:

mergie said...

Pembetulan:Sebenarnya Zukifli Nordin@Alim Jamban dipecat oleh bdn disiplin PKR krn laporan polis yg dibuat ke atas YB Khalik Samad (PAS S.Alam) bukan dia keluar seperti yg penulis nyatakan...tp dia seorg yg lantang tak bertempat...dan merosakan nama baik Pakatan Rakyat..Apa pun Aku dan Akal dan akal telah terlebih dahulu menulis tentang PKR dgn tajuk PKR-Parti Khianat Rakyat dlm blog http://mergie-iqra.blogspot

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

terima kasih di atas teguran ralat yang berlaku dlm penulisan sy..

Powered By Blogger