Dreamstime

Royalty Free Images

Tuesday 1 February 2011

KERAJAAN BURUK SIKU: HARGA MINYAK RON97 NAIK LAGI!


Pilihanraya Kecil DUN Tenang telah dengan tenangnya dimenangi oleh BN. Masyarakat di Tenang sudah pastinya sangat lega dan merasa tenang setelah BN mengekalkan kerusi DUN terbabit dengan mengalahkan calon PAS walaupun analisis mendapati undi kaum Cina masih menyebelahi Pakatan Rakyat. Persoalan kenapa masyarakat Tiong Hua menyokong PAS tidak perlulah dirungkai dengan panjang lebar.

Dalam keseronokan pengundi di Tenang menzahirkan undian mereka dengan kemenangan majoriti yang besar, secara diam-diam harga minyak RON97 naik 10sen daripada RM2.40 kepada RM2.50 dan ini merupakan kali kedua kenaikan harga petrol awal tahun ini. Ramai masyarakat yang tidak tahu tentang kenaikan harga minyak ini kerana ianya tidak disiarkan dalam Buletin TV3 suku, Berita Hairan dan juga Utusan Meloya! Umum mengetahui bahawa media arus perdana dibawah proksi kerajaan BN tidak akan sesekali menyiarkan berita sedemikian kerana bimbang dengan pelbagai andaian.

Penulis sendiri merasakan bahawa kemungkinan harga minyak RON95 dan diesel juga akan dinaikkan tetapi belum tiba masa yang sesuai lagi. Tunggulah sehingga Pilihanraya Kecil DUN Merlimau dimenangi oleh BN. Satu lagi projek kenaikan harga petrol oleh Kerajaan BN! Tidak cukup dengan 6% cukai yang terpaksa dibayar oleh pengguna Astro, rakyat terus dimomokkan dengan momokan slogan sampah '1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

RM500 yang diberikan kepada penjawat awam beberapa bulan yang lalu, sebenarnya direntap semula daripada rakyat dengan kenaikan harga petrol dan barang-barang keperluan harian yang lain. Tidakkah Malaysia juga mendapat keuntungan berlipat-ganda hasil kenaikan harga minyak dunia? Bohong jika jawapannya adalah kita tidak mendapat apa-apa! Bukankah kita merupakan salah satu negara pengeluar minyak?

Entah mengapa masyarakat yang masih menyokong BN tetap dengan kesetiaan mereka walaupun tekanan hidup semakin menghimpit. Kemana hilangnya golongan yang memperjuangkan nasib kesusahan rakyat dalam BN? Kemana hilangnya suara lantang pejuang UMNO Melayu? Semua sudah jadi hulubalang bisu! Rakyat semakin buntu! Rakyat semakin layu! Rakyat semakin lesu! Rakyat terus ditipu! Dek kerana sebuah KERAJAAN YANG BURUK SIKU!

No comments:

Powered By Blogger