Dreamstime

Royalty Free Images

Friday 18 March 2011

SUDAH TIBA MASANYA MANUSIA DIAJAR DENGAN BAHASA KASAR!


Tsunami yang berlaku di Jepun perlu dijadikan iktibar serta perlu diselami dengan penuh keinsafan seluruh umat manusia. Perancangan Allah sudah pasti mengatasi perancangan rapi manusia. Istilah 'malang tidak berbau' memang sangat tidak wajar untuk dikesampingkan. Sesiapa pun tidak menyangka Negara Jepun yang memiliki teknologi canggih dengan hanya sekelip mata diranapkan oleh amukan tsunami yang amat dasyat. Walau apa pun itulah hakikatnya. Penulis dengan penuh takzim menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa yang terkorban, hilang tempat tinggal dan yang terlibat samada secara langsung atau mendapat tempiasnya sahaja. Selepas sesuatu tragedi berlaku, barulah kita sedari betapa lemahnya manusia. Realitinya masih juga berlaku penindasan sesama manusia.

Kita tinggalkan seketika ceritera Tsunami. Apa yang penulis cuba nukilkan kali ini ialah mengenai perihal bukan hanya segelintir malah kebanyakan manusia pada zaman ini yang boleh dikatakan sangat 'kurang ajar'! Mereka seperti tidak lagi menghormati sesama manusia, menghormati harta benda orang lain, menghormati hak orang lain, menghormati alam sekitar dan sebagainya. Bagaimana lagi untuk kita terapkan budaya 'baik-baik' untuk semua masyarakat? Penulis ingin memberi sedikit sumbangan idea yang mungkin boleh membantu mengatasinya.

Sudah pasti penulis yakin ramai di antara kita yang sudah biasa melihat 'signboard' yang tertulis 'DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI' sedangkan di tempat 'signboard' itulah yang banyak sampah. Banyak lagi papan tanda lain yang sama sekali dipandang 'lekeh' oleh masyarakat dek kerana kesedaran sivik yang terlalu rendah. Fenomena memperlekehkan amaran papan tanda seterusnya diwarisi oleh anak muda kita hari ini yang lama-kelamaan menjadi ikutan generasi berikutnya. Sudah tiba masanya kita mengajar masyarakat dengan bahasa kasar! Beberapa contoh tulisan 'signboard' yang berbentuk 'the warning sign changing style' di bawah ini mungkin boleh digunakan sebagai penambahbaikan kepada 'signboard' yang sedia ada:-

1) DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI ditukarkan kepada ANDA SANGAT CELAKA SEKIRANYA MEMBUANG SAMPAH DI SINI

2) DILARANG MEMBUAT BISING ditukarkan kepada HANYA ORANG BANGANG SAHAJA YANG BISING DI KAWASAN INI

3) PANDU PERLAHAN ditukarkan kepada KALAU NAK MATI CEPAT, PANDULAH LAJU

4) JAUHI DADAH ditukarkan kepada SUNGGUH SIAL MANUSIA YANG MENDEKATI DADAH

5) PENCURI AKAN DIDAKWA ditukarkan kepada PENCURI BANGSAT BAKAL KE NERAKA

6) JANGAN DEKATI ZINA ditukarkan kepada ORANG YANG BERZINA LEBIH SIAL DARIPADA BINATANG

Pelbagai lagi istilah yang boleh kita gunakan untuk menyedarkan manusia. kata-kata di atas sudah pasti penulis tujukan kepada mereka yang masih hidup yang sering melakukan perkara yang dilarang. Pendek kata, pendekatan kempen kesedaran yang digunakan pada ketika ini dilihat tidak cukup kuat dan mungkin sudah tidak relevan lagi. Bukan tujuan penulis untuk melepaskan geram secara emosional tetapi ianya lebih kepada idea spontan yang penulis rasakan sangat perlu anjakan 'KASAR' sebegini dipraktikkan demi menzahirkan kesedaran masyarakat banyak. Walau apa pun tafsiran anda, penulis merasakan kita perlu memiliki tanggungjawab sosial untuk mengembalikan semula pemikiran masyarakat bertaraf kelas pertama untuk kita sama-sama menempuhi zaman global yang penuh dengan cabaran.

No comments:

Powered By Blogger