Dreamstime

Royalty Free Images

Saturday 19 March 2011

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU - BAHAGIAN 1

Pengenalan

Perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu pada era sebelum penjajah adalah bermula dengan sekolah pondok. Kemudian apabila British mula bertapak di Tanah Melayu bermula dengan pengambilan Pulau Pinang pada (1786) oleh Francis light, Singapura oleh Stamford Reffles pada (1819) dan Melaka pada (1824) selepas daripada berlakunya perjanjian inggeris – Belanda. Apabila keadaan ini berlaku maka British telah mengamalkan dasar (pecah dan perintah). Pecah disini bermaksud British telah mengasingkan penduduk Tanah Melayu mengikut kaum dan pekerjaan contohnya kaum Melayu akan ditempatkan di kampung-kampung dan melakukan kerja-kerja seperti bertani dan menangkap ikan, manakala bagi kaum India pula mereka ditempatkan di ladang-ladang untuk mengerjakan aktiviti menoreh getah.

Selain itu, bagi kaum Cina pula mereka ditempatkan di bandar-bandar dan menjalankan kerja-kerja seperti berniaga dan melombong bijih timah. Perintah pula bermaksud semua kaum peribumi, pembesar-Pembesar Melayu, Raja-raja Melayu dan imigran asing tidak membantah apa jua keputusan yang dibuat oleh British kerana takut dan bagi golongan atasan adalah untuk menjaga kepentingan masing-masing. Oleh hal demikian, British dapat bertapak lebih kukuh di Tanah Melayu.

Sekolah Pondok

Sistem persekolahan yang terawal di Tanah Melayu adalah sekolah pondok. Sekolah pondok yang terawal dibina adalah sekolah pondok Pulai Condong di Kelantan, sekolah pondok Pulai Manis di Kedah dan sekolah pondok Titi di Terengganu. Sekolah pondok juga wujud di sekitar Tanah Melayu antaranya di Pattani dan pasentran di Acheh. Kalau dilihat negeri Kelantan mendahului sekolah pondok ini kerana pengaruh Tok Kenali yang terkenal dengan ilmu agama yang tinggi dan digelar sebagai Tok Guru. Sekolah pondok ini tidak dipengaruhi dengan ideologi sekular tetapi lebih kepada duniawi dan akhirat. Di pelopori oleh golongan tua dan pembelajaran melibatkan hafalan Al-Quran, menghafal doa, kitab fiqah dan lain-lain lagi.

Pelajar dibekalkan barangan keperluan oleh ibu bapa mereka sendiri contohnya makanan dan minuman, pakaian dan sedikit wang. Pendidikan di sekolah pondok ini sebenarnya tidak mengarah kepada pekerjaan, mereka hanya boleh bekerja seperti petani, nelayan, bertukang dan sebagainya. Sekolah pondok biasanya didirikan di sekitar madrasah, surau dan masjid. Sistem pendidikan pondok bercorak berdikari, kuliah dan muzakarah. Dari segi masa belajar tidak terhad contok pelajar-pelajar pondok belajar dari waktu subuh sehingga malam.

Terdapat kelebihan-kelebihan pada sekolah pondok antaranya ialah pelajar-pelajar pondok biasanya dijemput ke rumah-rumah jika ada kematian. Selain itu, pelajar-pelajar pondok dapat menghayati ilmu-ilmu akhirat sepenuhnya. Kemudian sekolah pondok juga mempunyai beberapa kelemahan antaranya ialah kemajuan sekolah pondok bergantung kepada kewibawaan Tok guru, Ulamak dan Ustaz, sumber kewangan adalah sangat terhad, tiada perancangan jangka panjang, sukatan pelajaran tidak tersusun, bahasa dan kitab-kitab sukar untuk difahami dan tiada sistem penilaian dan juga perpustakaan.

Sekolah Agama Madrasah

Sekolah agama madrasah di tanah melayu ditubuhkan oleh gerakkan Kaum Muda iaitu generasi terpelajar. Kaum Muda mempelopori idea ini bagi mengantikan system pendidikan melayu lama iaitu sekolah pondok yang telah dianggap sebagai telah ketinggalan zaman. Tujuan utama mereka memperkenalkan Sekolah Agama Madrasah bagi menyekat perkembangkan sekolah vernacular yang telah diperkenalkan oleh inggeris. Dari segi system pendidikan, sekolah madrasah tidak banyak perbezaannya dari sekolah pondok iaitu pendidikan keagamaan. Selain daripada itu, sekolah ini juga mengikut model pendidikan Mesir atau Arab kerana gerakan Kaum Muda ramai yang berkelulusan Mesir. Namun begitu bagi menyekat kebangkitan sekolah yang di asaskan oleh inggeris, sekolah madrasah ini telah mengambil model inggeris dari segi pentadbiran dan kurikulumnya supaya setanding dengan sekolah yang vernacular yang di perkenalkan oleh inggeris. Beberapa sekolah telah berjaya ditubuhkan oleh gerakan ini iaitu Madrasah Al-Iqba (1907 di singapura),Madrasah Al-hadi (1917 di Melaka ) dan Madrasah sultan zainal Abidin (1933 di Terengganu).

No comments:

Powered By Blogger