Dreamstime

Royalty Free Images

Sunday 20 March 2011

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU - BAHAGIAN 2

Sekolah Vernakular Melayu

Sekolah Vernakular Melayu adalah nama untuk kategori sekolah moden yang telah diperkenalkan oleh pemerintah British di Tanah Melayu, bermula kurun ke sembilan belas. Sekolah ini mempunyai asasnya bagi sekolah Quran yang telah sedia ada dalam masyarakat Melayu sejak zaman sebelum kedatangan orang Barat lagi.

Orang Melayu beragama Islam. Sebagai satu cara pengukuhan ajaran Islam, masyarakat kampung biasanya mengadakan kelas-kelas yang memberi pendidikan agama asas - termasuk pengajian al-Quran - kepada kanak-kanak dalam kampung itu. Kelas-kelas agama dan al- Quran ini lazimnya di sebut di dalam buku-buku sejarah sebagai sekolah Quran. Gurunya adalah imam, lebai atau haji tempatan. Mengikut tradisi, sekolah-sekolah Quran ini tidak mengajar mata pelajaran lain selain daripada al-Quran dan agama. Biasanya sekolah Quran ini ditempatkan di balai lintang masjid kampung ataupun kadang-kadang di rumah Tok Guru itu sendiri. Dalam sesebuah kampung mungkin terdapat lebih daripada sebuah sekolah sebegini.

Setelah British berjaya bertapak di Tanah Melayu, mereka mula menjalankan pelbagai strategi bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan mereka di negara ini.. Selain itu, cara yang lebih halus dan berkesan ialah dengan meminda atau mengubah suai institusi-institusi pendidikan peribumi yang sedia ada. Institusi-institusi tempatan ini dipinda atau kadang-kadang digantikan terus dengan bentuk moden yang diambil daripada model Barat..

Satu bidang sosial yang turut dipinda atau diubah suai oleh penjajah British ialah institusi pendidikan. Sekolah atau institusi pendidikan peribumi dipinda atau digantikan dengan sekolah atau institusi pendidikan mengikut model atau pola Barat. Perkataan "moden" dalam ayat pertama di atas merujuk kepada sekolah tajaan kerajaan British yang disebutkan di sini. Sekolah Quran kendalian Imam atau Tuk Guru yang terdapat di kampung- kampung menjadi asas untuk amalan ini. Philip Loh (1975: 4) menerangkan proses mengubah suai sekolah Quran ke arah menjadi sekolah sekular - yang kemudiannya telah menjadi sistem Sekolah Vernakular Melayu - bermula di Pulau Pinang.

Skinner, Majisteret di Seberang Perai, telah mendapat idea praktikal untuk memulakan sistem pendidikan sekular. Di Sekolah-sekolah Quran di kampung-kampung, gurunya dan murid-muridnya sudah sedia ada. Buat permulaannya, yang perlu dirombak hanya kurikulumnya. Mata pelajaran Agama dan al-Quran yang merupakan kurikulum asal, "diperkayakan" dengan pembelajaran bahasa Melayu.

Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu

Eksperimen awal oleh Skinner pada tahun-tahun 1870an itu telah membuahkan kejayaan bagi pihak British. "Pencemaran" kurikulum agama yang asalnya dengan pelajaran sekular berlaku secara tidak disedari - atau sekurang-kurangnya atas toleransi Pak Haji atau Tuk Guru. Tidak dinafikan, umpan duit sebagai ganjaran mengajar bahasa Melayu, telah menjadi faktor tarikan kepada Pak Haji dan Tok Guru.

Tidak lama selepas percubaan Skinner di Seberang Perai, pendidikan Melayu turut dikembangkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, bermula di Selangor (Stevenson, 1975:24) dan kemudiannya di negeri-negeri lain. Sebagai satu petunjuk dalam hal penglibatan kanak-kanak Melayu dalam sistem pendidikan sekular ini, di Perak dalam tahun 1896 telah terdapat lebih 7 000 orang kanak-kanak di bangku Sekolah Vernakular Melayu (Philip Loh, 1975: 17). Pada tahun 1906, di Perak terdapat lebih daripada 7 000 orang kanak-kanak, di Selangor hampir 2 000, di Negeri Sembilan lebih daripada 3 000 dan di Pahang angkanya kira-kira 1 000 (Stevenson, 1975: 112).

Tujuan Penubuhan Sekolah Vernakular Melayu

Pada peringkat permulaan pihak inggeris tidak mengutamakan pendidikan ditanah melayu kerana bimbang jika rakyat celik akal dan memberontak terhadap mereka seperti yang berlaku di India. Selain itu juga, kedatangan mereka ke tanah bermatlamat untuk mengaut keuntungan hasil bumi tanah melayu. Namun setelah melihat perkembangan pendidikan ditanah tetap berjalan seperti dipondok yang banyak mengajar pendidikan agama.
Bagi menjamin kedudukan mereka ditanah melayu inggeris telah memperkenalkan sekolah vernacular yang mengikut acuan atau model barat bagi menghapuskan pendidikan pondok atau madrasah yang lebih bersifat pendidikan keagamaan. Hal ini kerana pihak inggeris melihat hanya dalam pendidikan ini sahaja mereka dapat mengurangkan perasaan benci penduduk tempatan kepada mereka.

Sekolah vernacular juga telah menyebabkan tanah melayu telah terbahagi kepada tiga kaum iaitu melayu, india dan cina. Dengan cara ini inggeris mampu melaksanakan dasar pecah dan perintah dimana kaum cina berada dibandar, kaum melayu di kampong dan kaum india di ladang. System pendidikan vernacular melayu telah menyebabkan jurang antara kaum semakin besar dan menyebabkan rakyat di tanah tidak mampu bersatu untuk mempertahankan tanah melayu.

No comments:

Powered By Blogger