Dreamstime

Royalty Free Images

Monday 21 March 2011

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU - BAHAGIAN 3

Sekolah Vernakular Cina

Perkembangan sekolah vernakular Cina peringkat awalnya adalah berkaitan dengan faktor ekonomi di rantau ini. Kemasukan beramai-ramai orang Cina pada 1870an telah mengasaskan sistem persekolahan dan penerapan budaya Cina di Tanah Melayu.Sekolah Cina yang pertama di bina di Tanah Melayu didirikan oleh William Milne dari Persatuan Mubaligh London pada 1815.Sekolah ini menggunakan dialek Hokien dan mengajar kurikulum Confucius. Sekolah vernakular Cina kebanyakannya juga dibina oleh persatuan saudagar Cina, keluarga dan persatuan suku kaum Cina di Tanah Melayu. Pergolakan politik di Cina mempengaruhi perkembangan sekolah vernakular Cina di Tanah Melayu. Inggeris telah membiarkan perkembangan sekolah vernakular Cina dari peringkat awal sehunggalah sekolah ini bertukar kepada corak yang lebih militan dan menyebarkan propaganda anti-Inggeris. Penubuhan Parti Komunis Cina di negara Cina turut mempengaruhi sekolah vernakular Cina di TM.

Hanya pada tahun 1920 Inggeris telah memperkenalkan Ordinan Pelajaran dan Akta Pendaftaran untuk mengawal pentadbiran sekolah vernakular Cina (kemasukan teks dan guru dari Cina) dan mengharamkan teks yang anti Inggeris. Pengaruh seorang sarjana Mandarin dari negeri Cina iaitu Kang Yu Wei dan Liang Chi Chao yang lari ke Tanah Melayu akibat pergolakan politik kerajaan Manchu di Cina telah mempengaruhi perlaksanaan prinsip pendidikan baru di sekolah vernakular Cina di Tanah Melayu iaitu Confucian Revival.

Beberapa sekolah vernakular Cina telah ditubuhkan seperti Sekolah Cina Yin Sin( Singapura), Sekolah Perempuan Cina Kuen Cheng(Kuala Lumpur) dan Seolah Yuk Choy di Ipoh. Pengaruh parti Kuomintang di bawah pimpinan Sun Yet Sen turut mempengaruhi pendidikan vernakular Cina di Tanah Melayu melalui prinsip pendidikannya , “ nasionalisme, demokrasi dan penghidupan”. Dasar Inggeris terhadap sekolah vernakular Cina berbeza daripada dasar mereka terhadap sekolah venakular Melayu anataranya adalah seperti mengabaikan sekolah vernakular Cina kerana menyangka orang Cina tidak mahu kekal di Tanah Melayu.Masyarakat Cina yang kukuh sumber keewangan mereka menyenangi sikap tidak campur tangan Inggeris kerana mereka bebas mengendalikan sekolah mereka. Sekolah vernakular Cina juga jauh lebih baik daripada sekolah vernakular Melayu yang bergantung kepada sumbangan Inggeris untuk berkembang.

Sekolah Vernakular Tamil

Sekolah vernakular Tamil pertama merupakan sebahagian daripada sekolah Penang Free School. Sekolah Tamil awal juga merupakan usahasama Mubaligh Kristian dan Mubaligh Tamil. Banyak sekolah Tamil yang wujud seperti Singapore Free School (1834), St Francis Xavier Malabar School di Melaka (1850). Namun begitu sekolah ini tidak kekal lama.Kebanyakan sekolah vernakular Tamil juga berada di kawasan estet getah di mana terdapat majoriti buruh India di sana. Selain sekolah vernakular Tamil di estet, terdapat juga sekolah vernakular Tamil di kawasan bandar khusus untuk anak-anak kakitangan Jabatan Kerja Raya yang kebanyakan buruh India. Kanak-kanak India berketuruna Serani menghadiri sekolah vernakular Inggeris.

Kebanyakan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil , Malayam, Telugu, Punjabi dan Hindi. Sekolah vernakular Tamil juga didirikan di ladang getah di Seberang Perai dan Johor Tengah Kategori sekolah vernakular Tamil di Tanah Melayu iaitu Sekolah Tamil kelolaan mubaligh Hindu seperti Sekolah Vivekenanda, Sekolah vernakular Tamil di kawasan estet, Sekolah Anglo- Tamil, Sekolah vernakular Tamil di kawasan bandar, Sekolah vernakular Tamil juga paling daif kerana beberapa faktor iaitu sumber keewangan tidak kukuh kerana bergantung kepada Inggeris, kurang kemudahan fizikal dan Kehadiran muridnya terlalu rendah.

Pada tahun 1923 Inggeris telah memperkenalkan kod Buruh untuk kawal kanak-kanak India ke sekolah. Kod ini memberi ketetapan bahawa sebuah sekolah perlu didirikan di setiap estet yang mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak. Kod ini juga menetapkan bahawa umur persekolahan bagi kanak-kanak India ialah 6 hingga 12 tahun. Masalah utama sekolah vernakular Tamil ialah kekurangan guru terlatih, kemudahan fizikal dan kadar ponteng yang tinggi.

Sekolah Vernakular Inggeris

Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816. Antara sekolah inggeris yang terawal ialah Malacca free School pada tahun 1826, Victoria Institution pada tahun 1894 di Kuala Lumpur dan King Edward VII. Kemudian, pada pertengahan abad ke 19, Persatuan Mubaligh kristian berusaha untuk membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris di Tanah Melayu. Antaranya ialah, De La Salle Brothers, The church of England dan The Holy infant Jesus. Tujuan utama campur tangan mubaligh Kristian adalah untuk menyebarkan fahaman dan agama Kristian itu sendiri kepada orang Melayu terutamanya. Kebanyakan golongan Melayu Elit sahaja yang menghantar anak mereka ke sekolah ini.

Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Dengan inilah sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah terbaik kerana adanya sumber kewangan yang kukuh daripada Inggeris, mendapat tumpuan sepenuhnya daripada Inggeris dan mempunyai kemudahan fizikalnya yang lengkap berbanding dengan sekolah-sekolah yang lain. Kurikulumnya pula bercorak Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British.

Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura yang ditubuhkan pada tahun 1928 yang mana telah menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College.

No comments:

Powered By Blogger