Dreamstime

Royalty Free Images

Tuesday 22 March 2011

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU - BAHAGIAN AKHIR

Laporan Barnes

Sistem persekolah vernacular iaitu sistem persekolahan berasaskan kaum yang ada di Tanah Melayu sebanarnya banyak menimbulkan masalah terutamanya masalah perpaduan kaum. Berikutan itu pihak British telah mengambil inisiatif dengan penubuhkan satu jawatankuasa iaitu jawatankuasa penyata Barnes. Jawatan kuasa ini telah diketuai oleh L .J. Barnes yang merupakan seorang Pengarah Fakulti Kemasyarakatan di Universiti Oxford, London. Nama jawatankuasa ini juga diambil sempena nama ketuanya iaitu L.J. Barnes. Sepanjang menjalankan tugas Barnes, telah melakukan penyelidikan dan mengkaji sistem pendidikan yang bagaimanakah bersesuaian untuk diguna pakai di Tanah Melayu dan dengan harapan mampu menggalakkan proses Malayanisasi dalam sistem pendidikan cina dan tamil.

Hasil daripada penyelidikan jawatankuasa penyata Barnes, mereka teleh megemukakan beberapa cadangan kepada pihak British antaranya ialah yang pertama jawatankuasa mencadangankan semua sekolah vernacular yang ada di Tanah Melayu dibubarkan dan digantikan dengan satu aliran sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Jika dilihat cadangan ini agak extrime, walaubagaimana pun impka cadangan ini amat besar yang mana kita boleh menyatupadukan semua kaum di Tanah Melayu. Kedua, jawatankuasa mencadangkan diperingkat sekolah rendah bahasa pegantar yang digunakan adalah bahasa Melayu manakalah diperingkat sekolah menengah ataupun peringkat yang lebih tinggi seperti university akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Cadangan yang seterusnya ialah bahasa ibunda bagi kaum lain seperti bahasa cina dan bahasa india akan diajar sekiranya mempunyai 15 orang pelajar yang memohon dalam sekolah tersebut . selain itu jawatankuasa ini turut mencadangkan sistem latihan perguruan yang selaras, tujuannya adalah bagi mempastikan pengajaran yang disampaikan adalah selaras. Disamping itu juga mereka mencadangkan sistem peperiksaan dan sistem nazir adalah sama bagi semua sekolah.

Laporan Barnes mempunyai implikasi terhadap matlamat kerajaanBritish untuk menggalakkan proses Malayanisasi dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Selain itu laporan Bernes dilihat sangat bertepatan dalam memupuk perpaduan dikalangan penduduk Tanah Melayu. Walaubagaimana pun, penyata Bernes ini telah medapat tentangan daripada kaum Cina, ini adalah kerana mereka bimbang menggangu gugat bahasa ibunda mereka. Ekoran daripada tentangan paripada kaum cina ini teleh membawa kepada lahirnya satu lagi laporan pelajaran di Tanah Melayu iaitu Lopran Fenn-Wu.

Laporan Fenn-Wu

Masyarakat Cina dan India yang telah dibawa oleh British juga telah membawa sama sistem pendidikan dari negara asal mereka telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Laporan Barnes. Kedatangan Dr. W.P.Fenn dan Dr. Wu The You pada tahun 1951 bertujuan mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu telah menghasilkan Laporan Fenn Wu 1951. Antara cadangan yang terkandung dalam laporan ini adalah mempertahankan kewujudan sekolah Cina, mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ibunda mereka, matlamat pendidikan beridentiti kebangsaan, membina maktab perguruan cina, menambah bantuan kewangan.

Cadangan yang dikemukakan oleh Laporan Barnes ini telah menimbulkan pertentangan dari masyarakat Cina yang menganggap sistem pendidikan ini mengandungi ciri-ciri pemikiran kaum yang cetek dan tidak menekankan semangat toleransi antara kaum. Juseru itu pihak kerajaan telah digesa agar melantik satu jawatankuasa lain uantuk menilai mutu pendidikan bagi seluruh kaum di Tanah Melayu, yang lebih dikenali sebagai Penyata Fenn-Wu. Penyata Fenn-Wu telah diwakilkan oleh dua orang jawatankuasa iaitu W.P. Fenn dan Wu The Yao dan diminta untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu terutamanya dari segi jurang perbezaan antara pendidikan yang sedang dilaksanakan pada waktu itu, iaitu bercorak perkauman dengan cadangan penubuhan pendidikan rendah yang tidak mempunyai unsur perkauman. Di samping itu bahasa pengantar perlulah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta penggunaan bahasa pengantar lain sebagai subjek pilihan (optinal). Selain itu penyata ini juga perlu mengkaji dan menyediakan buku-buku teks yang mengandungi unsur Malayan (menggambarkan kecintaan pada Tanah Melayu) untuk digunakan di sekolah-sekolah berkenaan dan perlu membezakan dengan buku-buku teks yang ditulis dalam Bahasa Cina.

Namun begitu Penyata Fenn-Wu ini pula telah menimbulkan pertentangan dengan konsep Malayanisasi dan penyata ini juga ternyata berbeza jauh dengan Laporan Barnes yang sebelumnya. Apa yang menjadi pertentangan ialah cadangan untuk mengekalkan sekolah-sekolah Cina yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dan menolak konsep Malayanisasi untuk diaplikasikan dalam sistem pendidikan diperingat rendah.

Oodinan Pelajaran

Berikutan terdapatnya tentangan terhadap penyata Bernes dan juga laporan Fenn-Wu, kerajaan British telah mengambil langkah dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji Laporan Barnes dan juga Fenn-Wu. Laporan Jawatankuasa ini telah dikenali sebagai Ordinan Pelajaran . setelah jawatankuasa ini meneliti semua cadangan daripada Barnes dan Fenn-Wu serta hasil penyelidikan dan kajian jawatankankuasa ini telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak British. Jawatankuasa ini sememangnya amat berharap agar laporan ini dapat diterima oleh semua kaum.

Antara cadangan yang dikemukakan adalah dengan mewujudkan dua sistem yang mana setiap sekolah ini akan menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekolah yang dicadangankan ialah sekolah Melayu dan juga sekolah Inggeris. Bagi sekolah melayu, subjek bahasa Inggeris adalah wajib diajar, manakala di sekolah Inggeris , subjek bahasa Melayu wajib diajar dan diambil oleh pelajar. Walaubagaimana pun, bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa cina dan tamil akan diajar sekiranya terdapat permintaan daripada ibu bapa. Cadangan yang seterusnya ialah mewajibkan sekolah rendah kepada penduduk tanah melayu tanpa sebarang kompromi. Selain itu, jawatankuasa ini mencadangkan sistem peperiksaan, sukatan pelajaran, latihan perguruan dan nazir diselaraskan. Tujuannya adalah bagi mempastikan sistem pembelajaran yang sama diterima oleh pelajar dengan harapan dapat memupuk rasa cinta pada Tanah Melayu terutamnya dikalangan golongan imigran.

Melihat kepada laporan ordinan pelajaran ini, diharap mampu menyatupadukan penduduk yang berbilang kaum di Tanah Melayu, walaubagaimana pun, ordinan pelajaran ini tidak dapat dilaksakan kerana masih lagi mendapat tentangan daripada kaum Cina dan India. Selain itu, masalah kewangan berserta ancaman komunis telah menyukarkan lagi ordinan pelajaran ini untuk dilaksanakan.


Bibliografi

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008) falsafah pendidikan dan kurikulum (Edisi ke-2) Kuala Lumpur: Quatum Books.

http://blog.cari.com.my/index.php?op=ViewArticle&articleId=7753&blogId=453

Ordinan Pelajaran 1952.http://www.wikipedia.com.my/.htm

Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr. Saedah Siraj, Pendidikan Di Malaysia, 1993, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Teks Sejarah Tingkatan lima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teks Sejarah tingkatan tiga.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

No comments:

Powered By Blogger