Dreamstime

Royalty Free Images

Tuesday 5 April 2011

TANDAS SURAU DAN MASJID DI KELANTAN SANGAT JIJIK!


Setelah sekian lama penulis di perantauan, baru-baru ini penulis berkesempatan pulang ke kampung halaman. Kenangan ketika kecil mula bermain diminda penulis. Masih lagi penulis teringat zaman kanak-kanak penulis di sebuah kampung di Pengkalan Chepa yang mana merupakan tempat penulis membesar dan mengharungi pahit-maung hidup di sana. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang tak perlulah penulis ceritakan kerana dikhuatiri akan lari daripada tajuk asal.

Dipendekkan cerita, sungguh tidak penulis sangka sebuah negeri yang diberi jolokan negeri 'Serambi Mekah' hanya gah pada nama sahaja. Penulis sempat beberapa kali singgah di beberapa buah Masjid dan Surau untuk solat dan alangkah terkejutnya penulis apabila boleh dikatakan hampir semua tempat ibadat yang penulis singgah mempunyai tandas yang terlalu jijik. Bahagian luar Masjid juga kelihatan seperti tiada penghuni yang mana sampah sarap bertaburan sana-sini. Sangat memalukan sebuah negeri yang ditadbirkan oleh 'Golongan Ulama' tidak begitu sensitif mengenai kebersihan tempat ibadat.

Pernah satu ketika dulu, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa kecewa beliau berikutan sikap pengotor masyarakat di Negeri Che Siti Wan Kembang itu. Ternyata telahan beliau ada asasnya setelah penulis melihat sendiri keadaan di negeri Kelantan. Lebih menyedihkan lagi, tempat ibadat juga seolah-olah dibiarkan lebih hina daripada 'kandang lembu'!

Tidaklah penulis bermaksud menjatuhkan maruah masyarakat Kelantan tetapi itulah hakikat sebenarnya. Jangan terlalu sibuk berpolitik sehingga melupakan kepentingan lain terutamanya mengenai perihal kebersihan. Penulis begitu hairan bagaimana sebuah negeri yang ditadbir oleh golongan yang memartabatkan Kesucian Agama Islam dilihat seolah-olah memandang enteng soal-soal berkaitan kebersihan. Jika beginilah keadaannya, mana mungkin orang luar akan menghormati Negeri Pentadbiran Ulama.

Penulis menyarankan agar kerajaan negeri perlu bertindak serta-merta dalam menangani isu ini supaya kesucian tempat ibadat akan terpelihara. Tidak cukupkah kakitangan kerajaan negeri untuk membuat pemantauan di masjid dan surau? Atau mungkinkan mereka juga lebih suka melihat keadaan jijik di tempat ibadat. Mungkin mereka hanya datang untuk bersolat semata-mata tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Malanglah sekiranya berlaku perkara sedemikian. Pilihanraya ke-13 mungkin tidak lama lagi. Satu sahaja harapan penulis. Penulis memohon agar kehinaan dan kejijikan tandas di masjid dan surau di Negeri Kelantan dapat dihindarkan demi sebuah Kerajaan yang mengisytiharkan diri mereka sebagai golongan yang memperjuangkan Islam!

2 comments:

mergie said...

Setuju sgt dgn kenyataan fakta ini.Sy sudah menyatakan berkenaan kebersihan tandas tetapi tmptnya berbeza bkn di masjid tetapi di stadium muhammad ke 4...sy hrp penulis tutup lg sbg lagu tema kerana agk terganggu bl membc blog anda...tq hahahhaha

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

terima kasih di atas komen saudara..

Powered By Blogger