Dreamstime

Royalty Free Images

Monday 18 April 2011

RENUNGAN KEINSAFAN



Jadikanlah petikan video diatas sebagai renungan untuk kita bersama. Bandingkanlah dengan diri kita yang dilahirkan sempurna serta cukup sifat.

Firman Allah dalam Surah (Adz-Dzaariyaat : 56) yang bermaksud:
“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.”

Kenapakah manusia tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah? Berapa banyakkah masa yang dihabiskan oleh manusia semata-mata mengejar kemewahan di dunia? Berapa banyakkah masa yang digunakan oleh manusia untuk beribadat kepadaNya?

Kita sentiasa mencari harta dunia tanpa henti! Kita sentiasa berhempas-pulas mendapatkan habuan di dunia! Namun kita lupa bahawa semua harta kekayaan di dunia tidak ada harga sedikit pun disisi Allah melainkan harta itu digunakan untuk jalan-jalan kebajikan.

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan hidupku di dunia untuk mencapai kenikmatan hidup di Akhirat. Ya Allah, Kau Kekalkan Keimanan didalam hati ku sehingga aku menghembuskan nafas yang terakhir. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui ke atas segala sesuatu. Dengan satu azam, dengan satu harapan dan dengan sejuta munajat, tempatkanlah diriku kelak dikalangan mereka yang beriman. Amin...

No comments:

Powered By Blogger