Dreamstime

Royalty Free Images

Saturday 7 May 2011

PERLUKAH SIFAT SOMBONG BAGI MANUSIA?


Manusia bukanlah bersifat maksum kecuali Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang terpilih sahaja. Oleh itu tidak ada sebab untuk manusia bersikap sombong kerana Allah telah pun menyatakan dengan jelas bahawa asal kejadian manusia semuanya sama iaitu daripada setitis air mani...

Penulis ingin mencabar mana-mana manusia yang ingin juga meneruskan kesombongan mereka di dunia dengan beberapa cabaran di bawah. Mintalah apa sahaja yang mereka inginkan, penulis akan cuba tunaikan Insyaallah jika mereka berjaya menyahut cabaran penulis... Jika benar anda hebat, anda boleh bersikap sombong sekiranya:-

1) Dapat mengira rambut yang tumbuh di atas kepala anda sejak lahir hingga kini.
2) Dapat mengira liang roma di seluruh anggota badan anda.
3) Dapat mengira sel-sel yang ada dalam badan termasuk sel-sel yang telah mati.
4) Dapat mengira butiran pasir di persisir pantai.
5) Dapat mengira jumlah sukatan udara.
6) Dapat mengira titisan hujan yang turun.
7) Dapat mengira jumlah pokok-pokok di atas muka bumi ini.
8) Dapat mengira jumlah kematian manusia.
9) Dapat mencipta langit dan alam semesta.
10)Dapat mencipta nyawa.

Kita sebenarnya sedar hakikat Kebesaran Allah tetapi kita sentiasa leka dengan habuan dunia. Jika benar kita hebat, ayuh! Sahutlah cabaran yang penulis paparkan di atas. Jika tidak mampu buanglah sejauh mungkin sifat sombong yang kita ada sebelum Allah mencampakkan kita bersama kesombongan kita di dalam Neraka Jahanam.

No comments:

Powered By Blogger